|
Pembunuh kejam
Keje yg tarikh akhirnya semalam masih tak siap2 lagi. Rasa malas sangat, tak de mood, org kat opis pun ramai lagi yg masih beraya, semua tak nampak batang hidung, boss dah mula tanya2 bila nak hantar kerja, saya buat tak tau jer...alah org lain tu lagi ramai tak siap keje, apa la salah nya sekali sekala saya mengikuti jejak langkah mereka...bukan kurang pun bonus yg dapat tahun ni. Saya ada cerita nak taip ni, kalau rajin baca la yer..... Saya balik raya dulu naik bas ekspress, tapi tak de la berebut sangat, biasa2 jer. Lepas turun dari bas saya tepon driver suruh amik saya kat stesen bas, dalam perjalanan menuju ke rumah, ada sebuah kereta iswara aerobik......aeroback warna biru dihadapan kereta driver, kereta ni terbehenti sana, terberhenti sini macam mencari sesuatu, mulut driver mula mengeluarkan kata2 ‘manis’ mencaci driver kereta tersebut, namun begitu kami terpaksa juga membontoti kereta tersebut kerana terpaksa. Tiba di satu kawasan pasar yang telah tutup sebab malam, kereta itu tiba2 saja berhenti ditengah jalan sekali lagi seperti ce**ka. Tiba2 lagi, pintu keretanya dibuka, saya ingat penumpangnya nak bunuh diri, tapi sangkaan saya meleset, rupa2nya mereka mencampak seekor anak kucing dari kereta tersebut. Sungguh tak berperikemaknusiaan, kalau ia pun nak buang pilih lah tempat yg selamat, ada ker pegi buang kucing kat tengah jalan, tak belajar Tatarakyat betui diorang ni. Nasib kucing tersebut agak baik kerana ia sempat lari menyebrang jalan tanpa di langgar lari oleh mana2 kenderaan. Kereta iswara tersebut kemudiannya blah begitu sahaja daripada tempat kejadian tanpa ada sesal lansung dihati pemandunya. Kalau saya rajin pada ketika itu teringin saja rasanya saya menampar setiap penduduk di dalam kereta itu, namun begitu saya malas pada hari itu, maka tak de la mangsa lempang. Kepada pemndu2 kereta, jangan lah anda sesuka hati saja berhenti di tengah jalan yg sesak hanya kerana ingin membunuh kucing anda dengan cara langar lari, itu adalah perbuatan yg tidak baik dan hanya manusia berhati setan jer tergamak melakukan demikian, disamping menaikkan kemarah pemandu kereta lain anda juga mungkin akan memerima nasib yg sama sebagaimana yg anda lakukan pada kucing tersebut pada masa hadapan, jadi beringat-ingatlah yer....
kali terakhir diubah pada: Nov 22, 2004, 19:15
Add a comment
Kasihanilah haiwan2 yg tidak berdaya....
129016 |
Dipos oleh sofeanny pada November 24, 2004, 11:24
nak kata apa-apa
tak nak kata apa apa...aku bagi hang jelah kata apa apa...kihkihkih
128927 |
Dipos oleh selendangbiruu pada November 23, 2004, 20:42
|