|
Kisah belagak
Mulut ku memang masin dan sudah terbukti banyak kali. Walaupun saya tak banyak sangat makan garam berbanding orang tua berumur tujuh puluh tahun tapi mulut saya tetap masin. Baru2 ini mulut masin saya menjadi lagi, terlewat sehari dari jangkaan mulut masin, abah driver telah tersedar dari komanya yg panjang pada hari raya kedua ataupun bersamaan dengan 15 November 2004. Sewaktu dalam koma, luka2 akibat kemalangan dan kecederaan yang lenlain telah sembuh dan meninggalkan parut2 sahaja, dengan itu apabila abah driver tersedar dari koma, dia terus sihat dan boleh terus merayakan Aidilfitri dalam keadaan yg agak sihat bagi orang2 tua yg seusia dengannya. Dengan terbuktinya mulut masin saya itu, ada pulak kengkawan yg suruh cakap dia kaya bebanyak kali dengan mulut saya yg masin ini. Namun begitu saya maleh kerana saya sedar itu semua hanyalah ketentuan olehNYa yg maha kuasa, segala yang terjadi mungkin secara kebetulan dan mungkin juga doa saya mustajab (ustad saya selalu cakap, apa yg kita cakap tu merupakan doa...betui tak?) Mak saya cakap mulut saya masin sebab abah saya pun mulut masin jugak, nampaknya ‘mulut masin’ ni ada dalam gen keluarga belah abah saya. Siapa2 nak anak yg ‘mulut masin’, bole la kawin ngan abah saya atau adik lelaki saya...ekekekeke
kali terakhir diubah pada: Nov 22, 2004, 22:09
Add a comment
uiks... offer abah ngan adik lelaki? berita baik ni..hehe
128984 |
Dipos oleh HanaKirana pada November 24, 2004, 8:46
to kick n akutakreti
permohonan anda berdua akan saya pertimbangkan melalui mimpi saya malam ini.....tunguuuuuu
128885 |
Dipos oleh sofeanny pada November 23, 2004, 15:59
to selendang
emak akak tak marah deeee...
128883 |
Dipos oleh sofeanny pada November 23, 2004, 15:57
Doakan supaya saya dapat jadi Agung tahun depan boleh? Insya'allah nanti saya bagi tanah 80 ekar kat awak.
128858 |
Dipos oleh akutakreti pada November 23, 2004, 13:49
tolong..
tolong cakap den dapek kawin ngan ct nurhaliza.. ulang2 100x. plis la kak oi. I minat sgt ngan dia.. ohh sitiku!!
128856 |
Dipos oleh kick pada November 23, 2004, 13:42
uish.. ada orang offer abah dia la... marah omak kak sofe kalau dia baca... ehehe :)
128855 |
Dipos oleh selendangbiru pada November 23, 2004, 13:26
|