|
Ponteng
Keje saya dah siap...yeeee...ha! Penat wooo...nasib baik siap, tapi ada lagi keje yg lain belum siap, kesian, tapi saya buat tak tau jer la. Tadi baru jer driver cakap kerja saya ni senang sangat, asyik memonteng ajer, kalau nak buat keje part time pun senang, tapi hakikatnya driver tak tau, seponteng-ponteng saya, ponteng lagi kengkawan seopis saya, saya ni kira dikalangan pekerja2 yg boleh dikatakan berhemah la jugak...ekekeke, ponteng pun selalu la jugak, ponteng pun bila keje yg penting2 dah siap lagipun boss besar ada bagitau, kalau kerja dah siap, apa2 pun nak buat, buat la...ekekekke (yg saya paham daripada ucapan nya yg panjang lebar) Masa saya tingkatan Tiga dulu, saya ada seorang cikgu Bahasa Inggeris yg agak tua, lelaki, dia bila mengajar akan cakap meleret leret dan diakhir ayatnya mesti keluar perkataan Yes or No? Menurut pemerhatian dan kajian saya jawapan yg mesti dijawab ialah Yes. Jadi setiap kali cikgu tu tanya saya, saya akan jawab Yes dan dia mesti kata kat saya, Good atau very Good, walaupun pun masa tu saya tengah berangan sampai London. Kerana kelasnya terlalu boring dan tak de soklah yg susah2 perlu dijawab, saya pun merasa tiada gunanya saya duduk terperap di dalam kelas itu, lagipun cikgu tu bukannya peduli siapa tak de dalam kelas, dia hanya amik kedatangan masa mula masuk kelas sahaja. Tapi kalau saya ada dalam kelas asik saya jer kena jawab Yes berbanding org lain. Jadi saya selalu ponteng kelas tersebut setelah seploh minit cikgu tu masuk mengajar. Saya akan dengan selambanya, keluar ikut puntu belakang dan berjalan pegi ke kantin, selepas itu, ada rakan lain yg akan mengikuti jejak langkah saya lima minit selepas itu, kami pun berkumpul di kantin sambil bersembang-sembang. Selepas kelasnya habis, saya pun masuk balik dalam kelas. Kejadian ini tidaklah berlaku setiap kali kelas bahasa Inggeris Cuma sekali sekala sahaja. Namun begitu kekerapannya semakin bertambah dan pengikut juga semakin bertambah apabila kami mengetahui satu fakta penting. Cikgu bahasa Inggeris berbangsa Cina itu sebenarnya sudah tak berapa ‘betui’ sebab dia pernah terlibat dalam kemalangan, cerita itu diceritakan oleh senior2 di sekolah, patut la dia asik cakap Yes or No? Kesian dia...
kali terakhir diubah pada: Nov 23, 2004, 22:02
Add a comment
Nak hantar...tapi rasa cam tak layak jer...ekekeke
129043 |
Dipos oleh sofeanny pada November 24, 2004, 13:47
Adalah tuan-tuan dan puan-puan sekalian dijemput menulis untuk zine Gangguan Teksual.
For More Info: http://gangguan.blogspot.com/2004/11/jemputan-menulis-untuk-gt3.html
129039 |
Dipos oleh harimauj pada November 24, 2004, 13:31
|