|
Rambutan Kuning
sekarang ni kan, saya tengah makan rambutan, bukan rambutan biasa tapi rambutan gading, baru jer beli tadi selepas sarapan sebelum gi opis. Selalunya lepas sarapan saya akan pusing2 kawasan berdekatan ngan opis, masuk pendalaman skit, saja cuci2 mata sebelum masuk kerja. Sampai kat satu kawasan perumahan yg kebanyakannya org cina saya perhatikan ada kebun sayur. Nun ditengah kebun sayur tu ada pokok mangga yg lebat berbuah, di bawah pokok mangga tu pulak ada ramai org. Dalam ramai2 orang tu pulak, ada macam gerai atas mejanya ada sayur dan buah-buahan. Sayur kat situ segar2 sebab terus dipetik dari ladang, ada buah mangga dan jugak rambutan. saya minta driver berhenti kat situ dan saya pun turun lalu pegi membeli belah. saya beli rambutan seikat RM2.50. tebal btui isi rambutannya, segar pulak tu. beli mangga, saya tanya berapa sekilo, nyonya tu kata RM2. saya mintak sekilo, nyonya pun pilih2 dan masukkan dalam plastik dekat 2 kilo. dia minta RM2 jer. peh tu saya beli kangkung dan beli jugak sayur lain yg tak de nama 'melayu'. nyonya tukang jual tu tak fasih lansung cakap Melayu'. kena cakap ulang2 baru la dia faham. bila tanya harga dia cakap cina, saya paham la kalau tang harga2 ni, kalau lain saya tak brapa paham. Ada tak org lain yg pegi beli sayur kat tengah kebun sayur kat bandaraya, tak de kan, rasanya la. (selain daripada penduduk kat situ la). saya beli semua tu semalam. hari ni saya pegi lagi untuk beli rambutan, sebab rambutan semalam dah tak leh makan sebab terkena racun serangga (salah saya, sebab nak bunuh semut, ter'bunuh' rambutan pulak, bila makan rasa diesel). tapi ari ni saya malas nak masuk dalam kebun sayur, nanti kotor sandal, saya suruh driver yg pegi. dengan pesanann: duit lebih kasi sini.
kali terakhir diubah pada: Nov 27, 2004, 21:02
Add a comment
nantyi ler...kot2 ader lebih setelah ditolak hutang piutang
129500 |
Dipos oleh sofeanny pada November 29, 2004, 7:12
ehehehe... kak sofe, ni ader pesanan untuk kak sofe... "ada duit lebih kasi sini" :)
129441 |
Dipos oleh selendangbiruu pada November 28, 2004, 12:25
|