|
kerja keras
hari ni saya kena kerja keras dari pukul lapan sampai la pukul satu, slalu tu bole relek2, hari ni tak leh la pulak...sedey... Semalam lepas balik opis, tunggu bas kat depan opis, tunggu punya tunggu punya tunggu... bas tak sampai2, driver bas ni suka lepak2 dlu baru jalan sebab kat kawasan sini tak ramai sangat penumpang. teksi dah banyak lalu siap bagi hon dan lampu kat saya, saya jual mahal sebab nak jimat duit... nak naik bas ajer. tapi dah lama sangat tunggu terpaksa tahan gak teksi, teksi pun berhenti. driver teksi tu tanya: u pernah naik ini teksi satu kali kan? saya jawab yer. driver teksi tu terlampau peramah tapi dia tak menipu duit tambang. terpaksa la saya layan dia berborak. dia kata susah carik makan bawak teksi, tak leh cuti lak tu katanya. saya tengok dia memang dah tua pun, kalau nak mintak kerja lain pun org tanak rasanya, kalau ader tanah lebih rasanya elok la dia tanam sayur. pas tu dia tanya saya kerja apa, duduk mana, macam2 lagi la. terpaksa la bersembang sakan sementara sampai ke destinasi yg ditujui iaitu sebuah shopping komplek. Saya ni peramah sangat ker? asik nak bersembang jer ngan mana2 org yg dijumpai. dedulu masa muda, haram menjawab kalau org tanya pun, sekarang dah tua ni semakin peramah. pas tu siap tumbuh tahi lalat kat bibir (org tua kata, kalau ada tahi lalat kat bibir bukan bermakna mulut busuk tapi org tu mulutnya peramah...ekekekke) sampai kat shopping komplek saya pun jenjalan. reload tepon. jenjalan lagi. tak tau apa nak beli. saya tengok2 microvawe, rasa cam nak beli jer, pas tu tengok peti ais rasa nak beli jugak, tapi peti ais kat rumah tu nak buat apa ekkk...buat almari baju kut...ekekeke...peti ais kat rumah tu tak cukup besar, nak yg besar lagi sebab saya ni suka gi mancing, kena ada freezer yg besar sebelum dapat mengedarkan hasil tangkapan. akhirnya saya beli barangan dapur jer, pas tu balik umah naik bas.
kali terakhir diubah pada: Nov 28, 2004, 16:41
Add a comment
|