|
Kasut ku
Saya tak suka pakai kasut bertutup penuh (kasut formal). tapi bidang kerja saya perlukan semua itu kerana boss2 saya banyaknya org lama. pemikiran pun lama sikit (org lama jangan marah). Saya lebih selesa bersandal bila bekerja. di bawah meja saya ada berbagai jenis kasut yg sesuai dipakai untuk acara tertentu, dari sandal bertumit rendah, tumit tinggi, kasut bertutup malahan selipar jamban pun ader sekali. tadi saya menjalankan kerja formal jadi perlu pakai kasut formal. kasut ini sebenarnya telah memalukan saya pada suatu ketika dulu, saya tak pernah cerita hal ni kat kengkawan seopis sebab malu. Pada suatu hari sewaktu saya menaiki pentas kecil saya telah terjatuh dari pentas tersebut disebabkan kasut tersebut. nasib baik pentasnya tak tinggi cuma dalam 12 cm sahaja. kalau lebih tinggi mungkin saya berkerusi roda sekarang ini. walaupun jatuh tak luka berdarah tapi sakit di hati menanggung malu, cuma Tuhan sahaja yg tahu. org di bawah pentas nasib baik tak ketawakan saya, kalau idak saya baling kasut tu kat muka org yg ketawa. sepatutnya org kat bawah pentas buat tak tau jer la, ini diorang terlebih kesian la pulak sehinggakan saya naik rimas. pisang berbuah dua kali, benar memang benar tapi jarang2 berlaku. itulah yg terjadi pada saya hari ini. tapi kali ni nasib baik tak jatuh tangga la pulak. kalau jatuh tadi dah ke dalam tujuh kaki bawah tanah la saya. nampaknya selepas ini saya kena melawat kedai kasut la pulak, untuk membeli kasut baru, mungkin kasut lama ni dah tau saya dapat bonus kut. dia nak kawan baru la tu, dia boring duduk bawah meja sensorang tanpa ada teman berbual yg satu spesies dengannya.
kali terakhir diubah pada: Nov 28, 2004, 22:39
Add a comment
sesama la kita memakai kasut untuk mengelak di masuk cacing atau terpijak menda tajam
129573 |
Dipos oleh sofeanny pada November 29, 2004, 16:24
Cerita Kasut
Aik, sama-sama lah hari ni kita cerita pasal kasut...
129566 |
Dipos oleh akutakreti pada November 29, 2004, 14:43
|