|
Rambutan merah
Hari ini saya pegi lagi kebun sayur, untuk membeli bukan sayur tapi buah rambutan. Saya nak beli buah rambutan untuk kengkawan kat opis sebab diorang nampak kulit rambutan yang saya makan pada hari ahad yang lalu. saya pun pergi ke kebun sayur itu, kali ini saya nampak banyak sangat rambutan warna kuning dari jauh. saya suruh driver gi beli, dia pegi beli rambutan warna merah. nyonya tu sorok rambutan warna merah kat bawah meja sebab rambutan lebih manis dan sedap daripada rambutan kuning. saya pun bawak la pegi opis. sampai dekat tangga saya terjumpa ngan boss saya yg nak gi sarapan dengan geng2 putih kuningnya. dia menegur saya. pas tu dia kata: " waaa! ada rambutan ooo" " Jangan lupa simpan saya sikit ya". saya diam jer sambil angguk kepala. rambutan ini memang merah dan cantik dipandang, membuatkan siapa yg nampak terliur nak makan. saya pun bawak naik ke opis dan paksa kengkawan makan. diorang kata ermmmm! sedap...nyam, nyam.... nak lagi. tapi sorang kawan yg paling terliur masa nampak kulit rambutan tak datang kerja. jadi saya suruh kawan lain asingkan skit rambutan dan letak tak meja dia, esok bole la dia makan rambutan tu kalau dia datang kerja, lagipun rambutan ni takkan basi. selepas berfikir saya rasa elok diletak rambutan itu diatas kerusi dia, biar tersorok skit, nanti kalau org lain nampak, diorang akan ngap rambutan tu dlu. kesian kawan saya kempunan nanti. lepas ini saya dan rakan2 bercadang pegi ke Pizza Hut pulak, kami nak makan pizza makanan laut. ada sesiapa nak ikut? Saya belanja (khas untuk pembaca blog ini sahaja kecuali adiema)
kali terakhir diubah pada: Nov 29, 2004, 18:21
Add a comment
|