|
makan
saya macam terbau semacam benda yg busuk pulak kat dalam bilik ni, adakah mana2 komputer yang meninggal? komputer bilik ni belum ada yang meninggal lagi setakat ni, yang hampir meninggal tak lama dahulu tentulah komputer saya yang bernombor 77, cantik angka tu kan. sebabnya ialah tuan punya komputer itu memang selalu mensakitkan mana2 pun komputer yang dia pakai kerana dia punya sifat ingin tahu yg terlalu tinggi. nak kata sampah dalam bilik ni banyak tidak pulak, pasal bibik yg kerja tu ramai, hari2 dia mintak sampah ngan saya, sampai reta saya pun nak dibuangnya. bibik2 ni bukan saja rajin malahan cantik dan putih melepak. dulu org gelap. Petang semalam saya tak makan dari pagi sampai petang, tersangatlah laparnya, driver pulak lambat datang, jam lima lebih baru dia datang. bila saya sampai kat kereta, dia tak de. bila saya call henpon, saya terdengar bunyinya dari dalam jamban berdekatan. rupanya dia berak. dah kenyang la tu. Saya pun pegi mencari kedai yang jual makanan, sampai di satu kedai, toke dia kata hari ini kitchen kami tak buka, kalau mau minum bole la. saya pun blah. carik lagi kedai, jumpa sebuah kedai yang menggunakan nama sejenis bahan masakan. order nasik ayam. nasik ayam kat sini kekadang sedap kekadang tak sedap. nasib baik la semalam sedap. saya makan dengan rakus tetapi penuh kesopanan? selepas itu malam itu saya bosan. saya pegi jenjalan, tetiba saya rasa nak makan sebab tensen, saya pun pegi ke sebuah kedai suku sakat pertubuhan agama yg telah diharamkan. saya order mee goreg, saya makan sesuap, driver makan sepinggan. lepas itu saya order sup, nasi putih, udang goreng tepung (saya mintak sotong). saya makan lagi, driver pun menyibuk lagi. saya kira kira jumlah yg perlu saya bayar, saya tak cukup duit kecil rasanya, cuma ada tak sampai RM20. nak bagi duit besar takut toke tak de duit tukar sebab pelanggan malam tu ada 2-3 kerat jer. nak bagi kad kredit, toke tak de mesin. jadi saya suruh jer dia kira, ada ker patut dia mintak RM12.20 pastu dia bagi diskaun duploh sen lagi. saya sangat sukahati lalu segera bagi duit RM12.20 dan cepat2 blah....ekekekeke ...kira saya sedekah 20 sen la kat toke kedai tu malam tu
kali terakhir diubah pada: Nov 30, 2004, 0:56
Add a comment
|