|
sambungan cerita geli (part II)
sambil diiringi oleh lagu FIONA oleh 4U2C, saya menyambung catatan cerita geli tadi. ... jejaka hensem pun menyumbat sekeping serviette ke dalam lubang idungnya, kemudian dia memusing serviette itu 360 darjah lawan arah jam secara perlahan lahan sambil ketawa gembira. setelah lengkap 360 darjah dia pun menarik keluar serviette tersebut dengan tujuan menggalakkan permuntahan saya, lalu saya tak akan lalu lagi makan mee rebus lalu dia boleh mengambil alih mee rebus tersebut. namun, serviette itu hanya keluar separuh saja, yg lagi separuh tertinggal dalam lubang hidungnya, kali ini tiba pula giliran saya menggelakkan ketawakan jejaka hensem dengan sepenuh hati kerana kini lubang hidungnya sebelah berwarna merah samar setelah dipenuhi dengan cebisan serviette yang tertinggal. pelanggan pelanggan lain di warung tersebut semuanya memandang saya dengan pandangan curiga kenapa saya tertawa begitu kuat. ingin rasanya saya bangun dan memberi ucapan alu aluan agar semua org memandang lubang hidung jejaka tersebut. jejaka tersebut tertunduk malu lantas segera menarik keluar cebisan serviette yg tertinggal dalam lubang hidungnya, saya sempat terlihat hujung serviette itu kelihatan lembab. selepas itu saya ketawakan lagi si jejaka agar dia segera insaf dan tidak lagi melakukan perbuatan sebegitu di masa hadapan. kalau dia nak buat juga sila la buat di rumah sendiri sewaktu bersendirian. saya pun menasihati jejaka agar jangan buat begitu lagi di mana2 warung atau pun restoran lain, kerana saya turut malu kalau org lain nampak sebab dia makan semeja dengan saya. perbendaharaan kata sofe :serviette = table napkin (kertas), bukan facial tisu tapi tisu buat lap mulut lepas makan, yg keras dan tebal skit drp tisu facial.
kali terakhir diubah pada: Dec 5, 2004, 22:14
Add a comment
biar menjadi tandatanya...chewah!
130390 |
Dipos oleh sofeanny pada December 7, 2004, 8:15
saya rasa saya tahu siapakah jejaka ensem itu... ianya bermula dengan huruf 'd'... dan berakhir dengan huruf 'r' ke?
130331 |
Dipos oleh HanaKirana pada December 6, 2004, 17:45
Ha ha ha...
Kelakar betul!
130309 |
Dipos oleh Papi pada December 6, 2004, 15:18
tak ngaku kenal la...kalau jadi cenggitu
130305 |
Dipos oleh sofeanny pada December 6, 2004, 14:52
Har...har...har...
ak e na, tertinggal dalam lobang idong tisu tuh...nasib baik tak terjadi komplikasi pernafasan hingga membawa maut.kang malu gak bila laporanm autopsi ; sebab kematian : cebisan servette kaler merah jambu tertinggal dalam idong mangsa. ahaks!!!
130297 |
Dipos oleh arisa pada December 6, 2004, 13:43
|