|
Jin Samsudin datang beraya di rumah mak abah saya
Sewaktu saya menjalankan rutin bulanan saya balik ke rumah mak abah saya, satu kejadian luar biasa telah berlaku. Sewaktu itu saya, adik lelaki saya dan mak saya tengah menonton TV, abah saya pula berjalan dari biliknya ke pintu dapur. Saya perhatikan abah saya berdiri sajer di situ sambil memerhatikan rak pingggan mangkuk di dapur tanpa bergerak gerak. Tiba2 abah saya meminta daripada mak saya sebatang kayu, kalau abah saya minta kayu saya tahulah siapa yang datang. Abah saya kata dia nampak seekor ular hitam yang besar menyusur di bawah rak pinggan mangkuk menunju ke bawah almari stor bahan makanan di dapur mak saya. Mak saya pun segera mem panik kan dirinya seperti biasa, saya pula segera keluar rumah untuk menambah bilangan kayu untuk memukul sang ular manakala adik saya masih lagi duduk relek di hadapan TV. Saya segera memaksa adik saya pergi mencari kayu lagi, adik saya dengan selambanya berkata: “takkan satu keluarga semuanya kene membunuh ular”. Sungguh tak bertanggungawab adik saya nan seorang ini. Kemudian dia pun bangun perlahan lahan bagi mempertahankan ke cool lannya dan pergi mengambil buluh di luar rumah. Abah saya pun terus mengetuk ngetuk almari bagi memaksa ular keluar dari tempat persembunyiannya, mak saya pula sibuk menolak pinggan2 dengan kayu bagi menyuruh ular itu keluar. Abah saya kata ular tu besar jadi tak perlu la tolak pinggan, tak muat pun dia nak masuk ke situ. Abah saya berusaha keras mengetuk segala apa yg ada, bagi memaksa ular keluar tapi ular masih tak nampak bayangnya pun. Abah saya akhirnya mengambil penyembur racun seranggga (nyamuk) dan segera menyembur setiap sudut dapur rumah. Namun ular masih malu2 untuk keluar. Abah saya kata tak mungkin ular itu sempat keluar dari rumah kerana abah saya tak palingkan mukanya daripada tempat dia nampak ular itu. Setelah hampir setengah jam kami berusaha mencari ular dengan mengetuk, menyembur, mengalihkan perabot2 namun ular besar berwarna hitam tersebut masih tidak kelihatan. Akhirnya saya memberitahu kepada mak dan abah saya sebenarnya yang abah saya nampak tu bukannya ular tapi Jin ataupun lebih manja dikenali sebagai Jin Samsudin. Saya kata dia datang nak melawat la tu dan bila kami sibuk2 dia pun menghilangkan dirinya. Gurauan saya itu akhirnya disambut oleh ketawa Mak dan abah saya lagipun mereka gembira kerana ada artis veteran yg sudi datang melawat rumah mereka. Dengan itu mak saya pun hilang panik, abah saya dapat jimatkan penyembur serangga dan adik saya kembali sibuk menonton TV serta saya pula sibuk mereka reka ayat dalam kepala untuk ditaip di dalam weblog ini.
kali terakhir diubah pada: Dec 6, 2004, 18:23
Add a comment
kecik hati jins shamsuddin kalau dia tau...
130439 |
Dipos oleh akutakreti pada December 7, 2004, 13:57
sian kao...
sejak bila pakai nama tipah ni?
130414 |
Dipos oleh sofeanny pada December 7, 2004, 10:22
Aisehman...
Ingat kan bebtoi jinS samsudin datang umah parents akak..tipah tertipu betul....cessss....
130413 |
Dipos oleh arisa pada December 7, 2004, 10:19
|