|
Wabak Durian
Mak saya seorang penternak kucing yang berjaya, namun begitu dia masih belum dapat apa2 anugerah walaupun anugerah peladang jaya. kucing ternakan mak saya semuanya gebu2, manja dan cerdik2 kucing, pantang terlepa seakuarium ikan bole dibantainya. masa saya kecik2 mak saya selalu larang saya bagi kucing makan ayam goreng atau pun ayam masak yg lain sebab katanya nanti kucing tu akan tangkap ayam yang dia ternak dan makan. saya pernah bertanya ngan mak saya, cemana dengan daging lembu, bole bagi ke tidak? mak saya diam jer. dalam kepala otak saya masa tu, saya terbayang kucing mak saya menggigit tengkuk sekor lembu dan bawak balik ke rumah macam yang slalu saya tengok dalam dokumentari harimau dalam TV tu. ooH saya terlupa pula nak cerita berkaitan tajuk yg saya tulis kat atas tadi. yer, baru2 ini semasa saya pulang ke rumah mak abah saya, bilangan kucing ternakan mak saya semakin berkurangan. saya tanya kenapa, mak saya kata: dah ampat eko kucing dia mati. kesiannya. yang tinggal kat rumah mak saya tu cuma kucing yang paling manja ngan mak saya yang bernama CIcak. Kucing ekspot dari rumah saya iaitu MIsai belum mati lagi, tapi dia sudah sakit2. dia menyorok di bawah katil dalam bilik adik saya. kesian Misai, kucing saya yang comel itu. dia terbaring saja dia atas kain batik yg mak saya sediakan untuknya lepak. bila saya pegang badannya, terasa panas, mesti Misai tengah demam. Bila saya panggil namanya dia mengangkat kepalanya dan menggoyang goyangkan ekornya. nampaknya dia masih kenal saya. tahap penyakitnya pun tak la kritikal sangat sehinggakan hilang ingatan. mak saya teringin membawa kucing kucingnya ke doktor haiwan, tetapi beliau merasa risau akan kemungkinan kucing2nya akan dilupuskan seperti ayam yg selesema di Kelantan dahulu. jadi mak saya merawat sendiri saja kucing2 beliau. nampak hanya sekor sajer yg pulih, yg lain tak sempat diselamatkan kerana penyakit mereka lambat di kesan. abah saya menambah bahawa kucing2 di rumah saya terkena wabak Durian katanya. saya pelik juga, adakah kucing2 tersebut makan durian. abah saya kata tidak. cuma penyakit ini berkaitan dengan cuaca semasa musin Durian gugur. setelah dipikir2 ada juga lojiknya lagipun abah saya kata pekara macam tu memang kerap berlaku semenjak dari dia muda lagi. kata abah saya lagi, kucing2 akan terkena wabak durian ini pada musim buah durian menjadik (pokok durian berbuah lebat dan tak rosak).
kali terakhir diubah pada: Dec 8, 2004, 0:38
Add a comment
hana: abah akak memang pakar cuaca.. ekeke
selendang: makanan manusia tak sesuai dengan manja (kata2 dalam iklan)
130647 |
Dipos oleh sofeanny pada December 9, 2004, 10:27
mak saya pun slalu ckp macam tu masa saya kecik2 dulu, tak boleh bg kucin makan lauk ayam, nanti dia makan ayam2 kat reban tepi rumah. bila dah besaq ni, sy slalu je bg kucin tu makan lauk ayam, kesian dia... dia pun teringin nak makan sedap2. asyik mkn ikan goreng jer, nak jugak sekali sekala mkn KFC... ehehehe
130593 |
Dipos oleh selendangbiru pada December 8, 2004, 17:44
ooo... gitu rupenye... barula saya tahu wujudnya korelasi yang positif di antara musim durian dan kucin-kucin yang sakit...
130592 |
Dipos oleh HanaKirana pada December 8, 2004, 17:42
|