|
Nak jumpa antu??
Malam tadi saya tengok majalah tiga. sekarang ni ramai btui org nak carik hantu kan. mesti hantu takut kan. dekat2 sini ada satu tempat yang kalau korang pegi waktu malam, gerenti jumpa hantu. tak tau la hantu jenis apa, tapi diorang kata hantu pompuan. baru2 ni, saya pergi ke kedai kawan driver untuk minum teh bersama adik saya. pada malam itu sangat la boringnya, kami tak tau nak buat apa yg free tak payah kena bayar duit. jadi driver mencadangkan kami pegi tengok hantu. beberapa org kawan driver dah pernah cuba pegi ke tempat tu, cara nya mudah sajer. tunggu sama ada dalam kereta atau kalau lebih berani kat luar kereta kat tempat yg telah di kenal pasti iaitu dihadapan sebuah rumah tinggal. dalam masa tak sampai seploh minit, hantu tu akan muncul dihadapan kereta anda, kalau duduk kat luar tak tau la dia muncul kat mana sebab kengkawan driver semua tunggu dalam kereta. hantu tucuma menampakkan dirinya saja. mungkin mencari calon tuan yg sesuai. selepas itu ia akan blah dan anda bole lah pulang dengan membawa cerita untuk diceritakan sama ada kengkawan anda atau keluarga. saya pun teringin nak buat pakej cam dalam majalah tiga tu. ada sesiapa yang berminat?
kali terakhir diubah pada: Dec 11, 2004, 22:58
Add a comment
dia menternak diri dia sendiri la
130992 |
Dipos oleh sofeanny pada December 13, 2004, 9:23
kak sofe si penternak hantu eheheheh
130920 |
Dipos oleh selendangbiruu pada December 12, 2004, 20:28
|