|
Jangan manyak songeh di restoren/warung/gerai/food court
Semalam saya duk mendengar org bersembang kat kedai kawan tu. ada la cerita cerita yg buat saya numpang ketawa, naik join tak brapa ader pengalaman. Toke kedai, saya, driver dan seorang peguam duduk satu meja. Diorang bertiga bercerita, saya mendengar sambil membelai belai kucing yg ada kat kedai tu. Toke kedai cakap kalau selepas dia hantar hidangan kat meja pelanggan tu, kalau pelanggan tu belum rasa skit pun dah mintak lada sulah ke sos ke.. itu adalah satu penghinaan yg besar bagi dirinya. Dia pun cerita pengalaman dia semasa berjual makanan ni dalam sebelas tahun. Katanya pada satu malam, ada sorang aci muda datang ke kedainya. Aci order kuey tiaw goreng. Toke pun masak la. Pas tu hantar kat aci. Aci pulangkan balik sebab katanya kurang pedas. Toke pun baiki masakan. Hantar balik kat aci. Aci kata tak cukup lembab/basah la pulak kuetiaw dia. Toke pun baiki lagi. Aci tak puas hati lagi. Dia suruh masak balik. Toke pun angat ati dan hangin satu badan. Dia pun tambah lagi kelembapan pada kuetiaw. Dan sebagai ‘finishingnya’, dia ludah dulu kat pinggan tu, pas tu baru dia letakkan kuetiaw atas pinggan tu. Barulah aci puas ati, dan aci pun makan kuetiaw sepenuh perasaan dan habis licin satu pinggan. (nasib baik saya jarang makan kat kedai tu, selalunya dok bersembang jer.. time kedai nak tutup) Cerita kedua, ada seorang pakcik yg menjadi pelangan tetap toke. Pakcik ni selalu order nasik goreng. Pakcik ni suka makan pedas2. kalau tak pedas katanya tak best. Di satu malam yang hening, pakcik datang ke kedai toke. Pakcik dah bertongkat (dah tua la tu), malam tu dia order nasik goreng pedas lagi. Toke pun masakkan la macam selalu. Bila pakcik makan dia kata tak cukup pedas. Masa tu nasiknya dah tinggal separuh. Toke pun amik balik nasiknya tu, taruh setengah senduk besar cili boh, segenggam cili api dan setengah mangkuk sambal belacan. Nasik yg separuh pinggan jadik penuh sepinggan balik disebabkan bahan2 tambahan tu. Pakcik pun makan nasik goreng tu. toke kata dia macam nampak telinga pakcik tu berasap, katanya kalau nak cucuh rokok tak payah pakai lighter, letak jer kat telinga pak cik tu. toke pun tanya pakcik. Amacam nasik goreng tu. pakcik siap bagi tu tumbs up...u.... pakcik kata sedap...sedap. Lepas makan, pakcik pun balik rumah. Besoknya toke dapat berita yang pakcik tu dah meninggal dunia. Tak tau ler sebab pedas sangat ker atau sebab lain. Tapi yang pasti dia meninggal sebab dah sampai ajal, toke siap tambah, dia kata sekurang kurangnya permintaan/hajat terakhir pakcik tu terpenuh/ tercapai. Toke kata lagi, mesti pakcik tu masa meninggal mata dia pejam sebab dah dapat apa yg dihajatinya.
kali terakhir diubah pada: Dec 12, 2004, 23:39
Add a comment
Ngerisnye
Emmmm ngeri sungguh membaca citer kak sofe kali nih...sebab saya pun suka makan masakan yang pedas2.. emm...dengar citer sambil belai kucing ke..alahai..manjanya kucing tu..meowwwww....
131062 |
Dipos oleh arisa pada December 13, 2004, 16:09
akutakreti: memang dasat, rasanya dia tak terpikir ke situ lagi, tapi kalau dia baca komen tu, mesti dia nak buat...ekekeke
gigi: kalau nak komplen bole, tapi jangan la lebey2 sangat...
131060 |
Dipos oleh sofeanny pada December 13, 2004, 16:07
kak sofe...kalau tak sedap kena komplen gak... tukang makan rights... hehehhe
ps: kak sofe..belanja henpon gemuk cam Tok R lerrr
131057 |
Dipos oleh gigitakbertatoo pada December 13, 2004, 15:56
Betul dasyat member hang ni.
Agaknya kalau aku komplen makanan dia kurang masin, mau lepas tu dia + pekerja dia pakat ramai-ramai korek hidung dan letak dalam makanan untuk menambahkan tahap kemasinan makanan tu.
131056 |
Dipos oleh akutakreti pada December 13, 2004, 15:55
apa nak buat kawan kan...dasat pun dasat la
131048 |
Dipos oleh sofeanny pada December 13, 2004, 15:08
Kumprinx
hehe... good stuff!
131046 |
Dipos oleh kumprinx pada December 13, 2004, 14:53
dahsyatnya toke tu. tak nak la makan kat kedai dier. :(
131044 |
Dipos oleh HanaKirana pada December 13, 2004, 14:47
|