|
Tok Pen
eiii.. saya dah tengok cerita 'Tok Pen" tu..ish ishh..cerita hantu Korea tu...ala lupa la nama dia apa...shibunsaba...apa2 la mula2 saya ketawa sebab tajuk dia...ekeke... kelakau sunguh Tok Pen, pen pun ada tok tau, jangan ingat org jer ada tok. driver tengok dulu cerita tu, dia kata best. saya terbaca ruangan dalam surat kabau, dia kata cerita tu tak best. saya nak tengok memalam takut pulak.. kot2 la seram sangat. saya tengok waktu siang.. itupu makan masa 3 hari. setiap kali saya tengok cerita tu, setiap kali la jugak cerita tu tengok saya. saya macam disihir supaya mengantuk giler (maksudnya boring la tu). mata saya rasa berat sangat. cerita hantu konon... blah la.. tak best lansung..buang karan jer. tapi saya terpaksa tengok jugak sebab saya dah terbeli kan, kang membazir la pulak. eh lupa nak kasi tau...ada lagi satu cerita yg atok boring punya iaitu Veer-Zaara...aiseh, saya ni mmg tak brapa tengok pilem industan, tapi terpengaruh gak ngan iklan kat TV, saya tengok la jugak, itupun dalam mode fastfoward.... ekekeke, makan masa 2-4 hari jugak. tak paham la saya cemana org leh tengok cerita industan ni selalu2 yer... itu lah cerita saya buat menghilangkan perasaan boring duduk di opis sensorang sebab tak leh nak balik kerana hujan nak sanagt dan teringin sangat nak turun nampaknya sekali lagi. baru jer tadi driver ajak saya makan kat pizza hut. cepat ler sikit sampai. dah lapo sangat ni seperti bole memakan seekor kuda ("I'm so hungry I could eat a horse")
kali terakhir diubah pada: Dec 17, 2004, 1:39
Add a comment
silap tajuk
bunshinsaba bukan shinbunsaba
133163 |
Dipos oleh sofeanny pada January 3, 2005, 8:37

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUA Semoga setahun yang berlalu menjadi panduan untuk mengemudi tahun 2005. Kita mungkin bukan pemimpin untuk orang lain, tapi kita tetap pemimpin terhadap diri sendiri. Pimpin lah dia kepada-Nya.
132923 |
Dipos oleh selendangbiruu pada December 31, 2004, 20:59
saya pon tak suker tengok citer indu-s*tan... jom buat kelab tak suker citer indu-s*tan...
131607 |
Dipos oleh HanaKirana pada December 17, 2004, 17:18
|