|
T.....i dan Cameron Highland
cerita cuti ari tu lagi.
satu hari saya telah mencapai kata sepakat dengan diri saya sendiri untuk pegi ke sebuah pekan yg terkenal dengan barangan murah2 mengalahkan sempadan mahupun Negara Siam itu sendiri. untuk pergi ke pekan itu saya terpaksa maniki bas ekspress sebab saya org yg tak brapa kaya sebab tak mampu beli kereta mahupun membayar yuran mengambil lesen. saya pun pergi ke sebuah stesen bas ekspress yg agak dekat ngan umah saya, saya pun pegi kesana untuk membeli tiket untuk naik bas ekspres ke pekan yg saya nak pegi. malangnya saya tak tau jadual bas ke tempat itu. dengan itu saya terpaksa bermukim sebentar di stesen tersebut kerana sewaktu saya sampai, bas belum ada lagi. tapi nasib baik saya org yg bijak (puji banyak), saya telah memasukkan sebiji majalah kecil dalam beg tangan saya, dengan itu saya tidak akan bosan lagi duduk di stesen menunggu bas tiba. sebelum duduk membaca majalah, saya sempat menjelajah ke setiap kaunter tiket untuk memilih tempat yg seterusnya saya nak pegi semasa cuti2 tu. saya terpandang sebuah kaunter menjual tiket ke Cameron Highland. saya pun tengok harganya dan mula mencatat jadual baas tersebut menuju ke Cameron Highland. hati saya telah berbunga bunga seperti bunga yg banyak terjual di C.H dan saya berazam untuk pergi ke C.H pada besok harinya pula. setelah penat menjelajah setiap kaunter, saya pun duduk membaca majalah. pada ketika itu org tak ramai sangat di stesen bas sebab bukan hari minggu. saya dapat membaca ngan selesa. punya la lama saya membaca majalah itu sehingga hampir habis cerita2 di dalamnya saya baca. ketika saya membaca rencana terakhir dalam majalah itu....tiba2... seorang jejaka telah tiba2 jer bercakap ngan saya, dia cakap apa entah saya pun tak tahu, sampai saya tak reti nak jawab. mula2 saya bercadang untuk membiarkan dia bercakap sajer sensorang tapi kesian la pulak. lagipun buat apa saya nak takut, saya bukannya budak2 lagi, dah tua pun. saya punm bersembang la ngan budak itu. sekurang kurangnya dapat juga menghilangkan bosan saya menunggu bas. setelah bercakap pasal kerja memasing, tetiba dia mengajak saya pegi minum la pulak, saya maleh, lepas tu nak nombor tepon la pulak. chess! menyesal saya melayan dia bersembang nak mengorat rupanya. saya buat2 tak paham bila dia mintak nombor tepon banyak kali, tapi dia bersungguh sungguh sangat sehingga saya naik runsing. akhirnya setelah berpikir takkan ke mana kalau saya bagi nombor tepon, lagipun saya pakai prepaid.. kalau leceh sangat budak ni bole la saya beli jer prepaid yg baru. saya pun bagi nombor tepon saya. akhirnya tiba masa saya naik bas, saya pun naik la bas tu, sewaktu duduk saya memandang ke tingkap bas, saya nampak pemuda tu, lupa nak bagi tau, nama dia la T.....i tu dekat2 ngan nama Tsunami. saya nampak melalui tingkap tu si T.......i tengah kejar bas, tu la gatai sangat, sampai tertinggal bas. saya pun selamat pegi ke pekan yg saya nak pegi tu, tapi saya tak beli apa apa pun, jenjalan jer. balik drp pegi pekan tu, saya terasa nak kensel hasrat saya untuk ke Cameron. 2 hari lepas tu saya baca suratkabau ada kemalangan ngeri berlaku kat Jalan Simpang Pulai-Cameron Higland. nasib baik saya tak gi Cameron. kaunter yg saya tengok2 tu, memang kaunter bas yg masuk dalam gaung tu la.....kalau idak, tak dapat la nak menaip lagi..
kali terakhir diubah pada: Jan 5, 2005, 1:06
Add a comment
Hehhh...heee...sebab hari tu, masa balik kg, mak saya tak bagi pergi sana...bahaya katanya...peh tu, terjadilah kemalangan itu...nasib baik ikut cakap mak..
133547 |
Dipos oleh arisa pada January 5, 2005, 16:31
C.H tu sejuk, destinasi bujet dan dalam Malaysia...tu sebab akak selalu pegi... ekekeke... ko mesti nak ikut ni kan! jeles la tu
133499 |
Dipos oleh sofeanny pada January 5, 2005, 14:19
emmm...asik pi cameron jek kak sofe nih..ader papaer ker...tapi skang, saya pun risau gak kalau nak pi cameron highland ke, genting highland ke, kinabalu highland (hheee....hheeee) sebab selalu sangat landslide, tak pun kemalangan...nasib baik akak tak pi, kalau tak, takkan nak menaip dr "dalam sana" . nanti, musti entry2 akak lagi kaw.
133437 |
Dipos oleh arisa pada January 5, 2005, 9:33
yer..yer...betui...betui
133422 |
Dipos oleh sofeanny pada January 5, 2005, 7:36
Sy plan nak p genting, tp tak jadik pasai takut la.. sejak dua menjak nih byk sgt kes bas eksiden la, bas masuk gaung la, tanah runtuh la.. eeee ngeri la..
133405 |
Dipos oleh selendangbiruu pada January 4, 2005, 23:40
Aiyyoh... Masa berita bas C.H tu masuk gaung, memang saya teringat yang Kak Sofe ada cita-cita nak gi sana. Alhamdulillah, akak tak jadi pegi... :) Tapi kecian jugak kat org yg terlibat dalam eksiden tuh.
133372 |
Dipos oleh HanaKirana pada January 4, 2005, 16:48
|