|
Hari ni rajin
Kengkawan seopis pelik pasal apa saya rajin sangat ari ni. saya ada jawapan untuk pertanyaan merekA tu. sebabnya ialah saya gembira kerana tak perlu bertukar bahagian. kalau saya bertukar bahagian, alamatnya saya akan mendidik diri saya menjadi semakin malas sebab terasa seperti tidak dihargai lansung. harap2 semangat rajin ni berterusan la kan. jangan sekejap jer. sebenarnya pekara pertukaran bahagian ni dah heboh kat bahagian2 lain. masa meeting dalam peti sejuk beku semalam, beberapa org kenalan dari bahagian lain telah mengucapkan tahniah palsu kepada saya sebab bertukar bahagian. diorang seronok la sebab diorang tak kena tukar ke bahagian silaka tu. cuba kalau diorang kena, mesti tarik muka patblas... dijamin oleh SIRIM. sebenarnya bahagian silaka itu ialah bahagian yg paling disayangi oleh boss besar. selalunya org yg kerja kat situ bole dapat cepat kenaikan pangkat. saya tak sudi bertukar ke situ mahupun naik pangkat sebab menyusahkan saja. saya lebih rela jadi org biasa yg ada banyak duit... ekekeke ... daripada menjadi org berpangkat yg ada duit. Tahun ni kerja saya banyak kepada mengumpul dokumen2 dan juga menterjemah dokumen. itulah cerita rajin saya untuk hari ini.
kali terakhir diubah pada: Jan 5, 2005, 1:09
Add a comment
|