|
sangat berbangga
Saya sangat berbangga kerana hari ini saya memakai baju kurung berwarna indigo berbunga ungu berdaun hijau yang saya jahit sendiri, sepatutnya ini baju raya aji tapi saya menjadi tersangat bangga dan terpaksa memakainya hari ini jugak. baju ini baru saya siap jahit semalam. pada hari sabtu seawal jam 7 pagi saya sudah mula memotong kain yg saya beli di Kamdar. saya potong bahagian2 menurut baju contoh yg telah saya tiru. selesai memotong saya pun memasukkan potongan2 kain tersebut ke dalam beg plastik. pukul lapan pagi saya dan driver pegi sarapan kemudian singgah di sebuah kedai jahit untuk menyuruhjahit tepi bahagian2 kain tersebut. saya cuma perlu membayar serengget untuk jahitan tepi tersebut. selepas itu saya pulang kerumah. saya pun mula menjahit bahagian baju sehingga siap termasuklah jahitan tangan pada leher, hujung tangan dan bahagian bawah baju. hari ahad, pepagi saya pegi sarapan lagi, kemudian balik dan mula menjahit bahagian kain baju kurung pula sehingga siap. hari Isnin, saya pun mula memakai baju kurung yg telah siap dan tidak lupa membawa blazer dari rumah kerana hari ini ada sesi tangkap gambar....ekekeke
kali terakhir diubah pada: Jan 16, 2005, 22:23
Add a comment
jangan kata riak...kate la belagak jer
134748 |
Dipos oleh sofeanny pada January 17, 2005, 14:39
wah...riaknyer kak sofe..kui...kui...kui...tolong jahitkan baju kita boleh?
134741 |
Dipos oleh arisa pada January 17, 2005, 13:53
|