|
monyet lutsinar wanita berbaju biru
Pada suatu hari yang indah saya telah ke satu pekan kecil untuk membeli belah.selepas penat berjalan jalan saya pun ingin pulang. saya pun membeli tiket di kaunter dan menunggu bas tiba. malangnya bas lambat daripada jadualnya. untuk mengisi masa saya telah berjalan di kedai2 disekitar stesen bas. sewaktu saya sampai di sebuah kedai menjual minuman dan makanan ringan, saya terpandang seorang wanita berbangsa India berbaju punjabi biru sepertinya baju deepavali yang masih baru dan cantik. wanita itu berbadan agak gempal dan ditangannya ada sebuah alat permainan berbentuk seokor monyet dan di dalam badan monyet lutsinar itu ada kedapatan gula2 berbagai warna. wanita itu sedang bercakap dengan pakcik itu, dia menghulurkan monyet lutsinar itu kepada pakcik kedai, sambil meminta pakcik kedai memberi balik wangnya. pakcik kedai buat tak layan jer. wanita itu pula merayu rayu walaupun setelah tidak dilayan berkali kali permintaannya itu. sehinggalah saya beredar dari kedai, dia masih lagi di situ. saya pun kembali ke tempat menunggu bas. saya nampak wanita itu lagi sekali menghulurkan monyet kepada mana2 penumpang yg dia jumpai sambil meminta duit. pada ketika itu saya rasa wanita itu tak berapa btui. tapi saya kesian tengok dia. penampilannya tak nampak macam org tak betui tapi caranya tu mengesahkan yg dia sudah ader yg kureng. saya tringin jer beli monyet lutsinar tu supaya wanita itu tidak merayau2 dan merayu2 kat org lain. namun begitu, wanita itu tanak pun datang menjual monyet tu kat saya. sampaila saya naik bas, saya masih nampak wanita itu berlegar legar mencari pelanggan untuk membeli monyet lutsinarnya.
kali terakhir diubah pada: Jan 17, 2005, 22:35
Add a comment
ekekeke.. yg penting akak tak kata dia "giler"! ekekekekeke
134857 |
Dipos oleh sofeanny pada January 18, 2005, 13:19
kak sofe.. tak baik kata dia wanita tak berapa betoi.... kak sofe kena kata dia 'wanita istimewa'.. (memulang paku buah keras..) hikhikhikhikhik.. :)
134849 |
Dipos oleh selendangbiruu pada January 18, 2005, 11:57
|