|
Kelmarin (maksudnya hari sebelum semalam)
saya tertinggal lagi kunci rumah dan kunci opis sekali dalam opis. punyalah bengang, rasa nak terajang je pintu rumah. terpaksa lah saya naik teksi ke opis dengan harapan boss ada, dan bole mintak kunci. naik teksi kena bayar RM7 peh tu driver teksi tanya nak balik nanti naik apa, saya cakap jalan kaki, dia kata "jalan kaki!" dengan nada terkejut. yer la, saya jawab, dia offer untuk tunggu saya naik opis dan bayar RM10 utk perjalanan pegi balik. saya pun setuju. saya naik opis dan tengok tak de saper pun. bengang sekali lagi dan turun bawah naik teksi balik umah. mintak kunci ngan tuan rumah dgn muka yg tebal. dan bayar sewa sekali untuk cover malu....ekekeeke. esoknya gi kerja. selama beberapa minggu driver bawak kereta Wira dan merehatkan kereta Jepun. tiba2 dia bawak kereta Jepun pulak. lagi sikit nak sampai depan opis tetiba tayarnya pancit, terpaksa berhenti depan masjid dan untukt tukar tayar la pulak. tayar spare dah tak de sebab dulu dah pancit sekali. terpaksa la pulak naik teksi gi amik kereta Wira dan pegi kedai tayar beli 2 biji tayar. kereta Jepun tu dah la limited edition, jadi setiap org yg lalu, mesti nak berhenti dan tengok2, penat saya nak menjawab soklan sementara nak menunggu tayar baru sampai. bila tayar dah sampai, masa nak tukar tayar pun bermula. sewaktu nak masukkan tayar, kereta pulak nak berjalan drp jek, terpaksalah saya tahan kat depan, nasib baik tak kene lenyek. peh tu selesai tukar tayar. nak kena anto kereta wira la pulak. terpaksa sekali lagi saya jadi jaga kereta jepun. sekali lagi jadi kaunter pertanyaan. peh tu gi opis. boss baru macam silaka. saya menyampah ngan perangai dia, saya pun panggil driver dan balik umah. Ha! Ha! Ha! (gelak bertanduk.) peh tu ramai la pulak klien tepon, malas nak layan, saya cakap saya bz. peh tu saya tido sesuka hati saya....
kali terakhir diubah pada: Jan 19, 2005, 17:30
Add a comment
dah penuh, tunggu la bila kak sofe berenti nanti..kak sofe suruh hana ganti tempat kak sofe yerrr.....
135111 |
Dipos oleh sofeanny pada January 20, 2005, 13:56
waaa... bole balik dan tido sesuka ati jer... kat tempat kak sofe tu ade keje kosong tak? nak la jugak keje sesuka ati cam tuh...
135106 |
Dipos oleh HanaKirana pada January 20, 2005, 13:24
oo...mengata yer...
tak per tak per, setiap musibah itu tentunya diiringi dengan khabar gembira.....selepas itu la
135092 |
Dipos oleh sofeanny pada January 20, 2005, 12:29
hahahahah (ketawa besar)... kelaka la kak sofe nih.... sudah jatuh ditimpa tangga, lalu terpenyek mengena taik kucing... hehehe :)
sabo kak sofe ye.... :)
135085 |
Dipos oleh selendangbiruu pada January 20, 2005, 11:46
|