|
eksiden lagi
semalam sebelum balik umah tido, saya gi ke satu pekan kecil untuk menukar fius kereta wira. toke kedai tu dah lama kenal driver. walaupun jauh, kitorg sanggup datang sebab dia takkan tipu kerosakan yg ada pada kereta dan bayaran selalunya minimum, maklum la kawan walaupun berbangsa lain. masa nak balik selepas shopping kain kat pekan tu, ada banyak kereta menunggu giliran nak berjalan dan saya nampak sebuah ambulan dihadapan. belah kanan tepi jalan ada sebuah moto dan ada org yg terbaring di atas rumput. mangsa eksiden la tu. motonya nampak ok jer, tapi orgnya tak bergerak gerak. driver kata dah mati kut. peh tu saya nampak org ambulan angkat masuk ambulan. tak lama peh tu baru la kereta bergerak. driver kata kat tempat org tu baring ada banyak darah, saya tak berani nak tengok takut ngeri. mana tau ada tangan ke kakinya yg tertinggal. tapi kalau ada yg tercabut mesti la dia bawak sekali atas ambulan yer tak. saya tak berani nak tengok2 mangsa eksiden. dlu pernah sekali masa kat johor, nampak org dah kena tutup ngan surat kabar, satu bahagian nampak kaki sikit, satu bahagian lagi nampak topi keledar sikit. aiseh, masa tu dah terpikir badan org tu putus dua, eiiii...darah pulak melimpah tengah jalan. terpikir pikir masa tu, kira macam siang terbayang malam merindu la. peh tu dengar cerita rupanya dua org yg terbunuh, bukannya sorang terputus dua. tak de la ngeri sangat berbanding apa yg dibayangkan sebelum tu.
kali terakhir diubah pada: Jan 19, 2005, 22:45
Add a comment
|