|
MUNGKIN....tiada aedes di rumah ku
sekarang ni org sibuk memperkatakan kes2 denggi yg semakin meningkat berkali kali ganda daripada selalu. chewah, cam rencana kat majalah la pulak. namun begitu, di rumah saya, rasanya nyamuk aedes semuanya telah pupus. ini kerana bole dikatakan tetiap hari rumah saya diasapkan menyebabkan nyamuk lari bertempiaran. bukanlah pegawai2 kesihatan di tempat saya terlalu rajin atau sebagainya, ataupun syarikat swasta yg rajin mengutip duit menangguk di air yg keruh pada musim denggi ini mengasapkan rumah saya. tetapi rumah saya di asapkan oleh satu badan sukerela yg di kendalikan oleh tak lain tak bukan oleh driver saya sendiri. proses ini hanya bermodalkan minyak petrol sahaja, bukan seperti yg dilakukan oleh kementerian kesihatan yg beserta dengan racun pembunuh nyamuk. setiap pagi semasa menghantar saya pergi kerja, kereta Wira buruk berkarat yg berenjin turbo yg dipandu oleh driver sekarang ini akan mengeluarkan asap yg sangat tebal, sehinggakan nyamuk2 bole mati kelemasan. begitu jugalah yg berlaku apabila driver terpaksa menjalankan tugas menghantar saya ke mana mana. kekadang 3-4 kali nyamuk2 di rumah saya diasapkan oleh Wira Turbo tersebut, sehinggakan tuan rumahnya iaitu saya sendiri pun naik itam lubang hidung kerana terhidu asap Wira tersebut. disamping itu Wira tersebut juga terpaksa di matikan enjinya sewaktu menunggu giliran di mana2 lampu isyarat. ini kerana ditakuti pemandu2 di belakang kami akan naik marah disebabkan kelemasan oleh asap Wira tersebut. driver juga menjadi agak gerun jikalau ternampak mana2 pajero berwarna biru gelap kerana disangkanya Pajero JPJ. dia takut pihak Jpj akan menahannya kerana membawa kereta yg berasap tebal. dengan itu, setiap hari, driver terpaksa mematikan enjin wira sebanyak dua kali sebelum saya sampai ke opis kerana ada dua lampu isyarat yg perlu dilalui sebelum sampai ke opis saya.
kali terakhir diubah pada: Jan 26, 2005, 19:01
Add a comment
naik beskal jer la, disamping menjaga alam sekitar kao juga dapat menjaga sekitar poket & dompet kao
135759 |
Dipos oleh sofeanny pada January 27, 2005, 12:53
saya lain pulak citer... enjin mati setiap kali tekan brek... smlm on d way nak p bandar, berapa kali enjin mati, asal tekan brek je mati.... dah la musim panas,... hati pun panasss jer.... hari tu dah betulkan dekat 1000, pun rosak lagi... adoiii... awal2 tahun ni banyak betol la kejadian mengeringkan poket... eheheh :)
135756 |
Dipos oleh selendangbiruu pada January 27, 2005, 12:40
|