|
Gogle bukan Google
Semasa cuti yang panjang hari tu saya sempat berkunjung ke sebuah pusat perkelahan yg agak dekat ngan rumah saya. Saya pegi naik moto ngan adik lelaki saya jer. Adik pompuan saya berjanji nak datang kemudian setelah habis bermesra dan berjumpa rakyat di sebuah rumah yg mengadakan majlis pertunangan, mak saya pun pegi rumah tu sbg penghias hantaran. Sebelum balik ke rumah mak saya, saya telah dengan berhati hati membawa sama gogle (cermin mata air) untuk digunakan semasa berenang nanti. Malangnya semasa saya sibuk bertukar pakaian sblm naik moto, saya telah tertinggal alat yg penting itu di dalam bilik. Bila sampai di tempat yg ada sungai itu saya menjadi sangat hampa kerana saya td dapat memakai gogle, rasa cam nak balik jer dan amik gogle itu, tapi jauh la pulak, penat ajer. Saya pun berenang renang dengan adik saya, sungguh banyak anak ikan di situ, kalau saya ada gogle tentu saya dapat melihat mereka dgn lebih jelas. Saya memakai cermin mata sambil berenang sbb saya ini rabun orgnya. Tapi cermin mata saya td hilang kerana saya pandai menjaganya sbb dari dulu lagi saya suka berenang pakai cermin mata sbb bole tgk kalau2 ada org hensem yg mandi sekali kat tempat perkelahan itu... ekekeke. Gogle yg saya beli pun ada power (power spek la) bukan power ranger ker atau ada kuasa lenlain seperti dalam cerita katun apa ke nama nya tu...Spy girl ke entah lupa pulak saya. Selepas penat berenang renang adik saya masih tak sampai jadi saya pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Sampai di pertengahan jalan saya terjumpa adik saya dan emak saya sekali yg dalam perjalanan ke tempat perkelahan. Sbg anak yg td derhaka dan sangat suka berenang, saya pun berpatah balik ke tempat perkelahan untuk berenang renang sekali lagi. Namun saya masih hampa kerana td ada gogle. Mak saya tak nak berenang sbb katanya air di situ sejuk sangat. Akhirnya saya pulang ke rumah dan berazam akan datang sekali lagi dgn membawa gogle dan makanan ikan untuk menarik perhatian ikan2 di sana.
kali terakhir diubah pada: Feb 14, 2005, 0:14
Add a comment
|