|
Kali kedua ke sungai perkelahan
Kali ni saya pergi dengan adik perempuan saya, jadi perjalanan ke sana lebih terjamin. Sebelum pegi kami singah di sebuah bakeri dan beli sikit rori rotian. Kemudian kami singgah kat KFC beli sikit ayam ayaman buat makan makanan. Kemudian kami teruskan perjalanan, tetiba saya teringatkan sesuatu, saya telah terlupa menyinggah kedai ikan hiasan dgn tujuan utk membeli makanan ikan utk diberi pada ikan2 di sungai nanti. Namun gesaan saya itu sudah terlambat kerana td ada satupun kedai akuarium berdekatan dgn KFC tersebut. Saya pergi jua dgn hati yg hampa. Kami pun sampai ke sungai. Waaa! Tak de org la. Beshnya. Rasa nak melompat. Saya pilih jeram yg paling atas dan dalam sekali, di dalamnya ada berjuta2 ikan kecik. Saya juga telah membawa gogle. Saya pun segera berenang ke seberang sungai di sana kerana di situ ada struktur batu di dalam air yg sangat dalam dan ada banyak ikan. Waaa...ikan tu semua mari kat saya tanpa rasa takut2. tetiba saya teringat saya ada beli roti. Jadi saya mesti menggunakan roti tersebut utk menarik lebih perhatian daripada ikan2 tersebut. Saya pun cubit2 roti tersebut dan campak ke air berebut rebut ikan datang cam ikan bilis banyaknya. Saya pun menggunakan gogle dan melihat mereka dgn lebih jelas lagi. Dekat dgn permukaan air ada banyak ikan2 yg kecil. Rupa2nya dekat dengan dasar ada ikan yg agak besar. Geram saya. Rasa nak bawak pancing. Mesti dia datang makan. Mesti ada ikan kelah kat bawah tu. Tetiba adik saya menjerit. Saya pun tanya kenapa. Dia kata ikan makan bekas2 luka dia. Adik saya tu baru jer mengalami eksiden, jadi ada banyak parut2 yg baru nak sembuh, dalam air nampak warena merah jer. Ikan pun datang makan cam makan mayat mangsa Tsunami.... Selepas penat membagi ikan makan, saya pulak rasa nak makan, saya pun makan seketul KFC hot n spicy. Peh tu tak larat nak makan yg lagi seketul. Selepas makan, mandi lagi, mandi, berenang, bagi ikan makan lagi dan kemudian pulang dengan hati yg puas. Dalam barrel KFC ada dua ketul ayam yg tak abis di makan. Kalau bawak balik umah kang tak cukup pulak. Jadi saya mengambil keputusan untuk membeli lagi satu hidangan snek plate. Tetapi pada masa itu saya basah lenjun. Sebab saya tak bawak baju tukar. Cemana yer nak masuk dalam KFC. Bila sampai depan KFC, saya pun perah2 kan hujung baju dan masuk ke dalam KFC dgn selambanya sambil air masih bercucuran mengalir dari hujung seluar yg saya pakai. Kemudia saya beratur menunggu giliran pesanan saya di ambil. Saya buat tak tau jer kat org yg pandang2 kat saya. Lepas dah dapat oder, saya pun blah.
kali terakhir diubah pada: Feb 16, 2005, 21:23
Add a comment
|