|
Nyarais maut di kawasan Maut
sewaktu network rosak dahulu, saya kerap ponteng keje sbb tak de apa yg nak dibuat waktu kerja, semua dokumen tak leh dibuka, jadi semua keje tak bole jalan, beratus2 komputer yg ada kat opis ni semuanya tak leh nak dibukak lansung isi kandungan lembutnya. kalau ponteng keje tentu lah berdosa... pada satu hujung minggu (bukan waktu keje) dalam perjalanan balik melalui lebuh raya utara selatan daripada Utara menuju ke Selatan, driver memandu dan saya seperti biasa tentulah tidak memandu. driver asik memuji muji kereta berusia semilan belas tahun yang dipandunya(bukan kereta biasa yg dipandunya sebelum ini). driver juga asik menerangkan kepada saya cara2 pemanduan yg hebat dan bergaya dengan penuh riak. saya cuma diam dan sekali sekala rasa nak muntah mendengar cakap besarnya itu. Selepas melalui terowong berhantu dekat dengan Kuala Kangsar, tentulah pemandu yg biasa memandu di PLUS tahu kita akan menuju ke Tol Jelapang, Ipoh, Perak, Malaysia. tol ini telah banyak menyaksikan kehilangan nyawa dan kecederaan yg parah2 kepada penggunanya. driver yg masih belagak dan bercakap cakap asik menerangkan itu ini kepada saya tentang pemanduan mentang2 la saya ni tak pandai nak memandu kereta. tiba2 saya terperasan yg driver tidak lagi menceceh, saya pandang ke arah mukanya dan saya dapati mukanya pucat semacam jer. saya pun rasa pelik, saya ingat dia ternampak hantu Tol Jelapang, pada ketika itu kami tengah menuruni bukit berbahaya yg menuju ke tol tersebut. kawasan itu banyak berlaku kemalangan. pada masa itu saya ingat dah sampai turn saya dan driver pulak kena kemalangan, saya redha ajer la kalau itu dah ketentuanNya. Rupa2nya enjin kereta tua itu sudah mati, jadi secara automatik breaknya cannot eat (tak makan) sedangkan ketika itu kami sedang menuruni bukit yg sangat curam. nasib baiklah driver ada banyak pengalaman dalam soal pemanduan sbb dia seorang driver. dia telah mengepam break dengan perlahan-sehingga bole membreak kereta dan menghalakan kereta ke tepi jalan. malangnya di situ tiada lorong kecemasan, saya terdengar bunyi hon lori besar di belakang, nasib baik lori tu tak sondol kereta yg saya naiki ke dalam gaung. dalam keadaan kecemasan itu, driver telah mencuba beberapa kali untuk menghidupkan enjin, malang sekali dan dua kali lagi, enjin kereta tidak dapat di hidupkan. muka driver semakin pucat, namun saya masih cool kerena saya dapat rasakan 'turn' kami berdua untuk meninggalkan dunia ini belum sampai lagi. setelah mencuba beberapa kali, barulah enjin dapat dihidupkan dan muka driver pun beransur tidak pucat lagi. kereta itu meluncur laju dan lancar sepanjang perjalanan kami seterusnya ke Selatan dan sehingga ke hari ini kereta itu tak de buat hal pun macam yg terjadi pada hari 'hampir maut' tersebut. Rasa macam di alam misteri jer, lagipun mungkin bersangkut paut dengan ponteng keje dan bercakap besar semasa di jalan raya.... ekekekeke...
kali terakhir diubah pada: Mar 8, 2005, 22:45
Add a comment
di akhir zaman ....
138625 |
Dipos oleh sofeanny pada March 10, 2005, 12:17
betul lah kak....sekarang nie....balasan on the spot....cash.....
138561 |
Dipos oleh chemy pada March 9, 2005, 17:52
|