|
hantukah dia????
Pada lagi satu hujung minggu saya masih melalui kawasan yg sama untuk ke SElatan. (berkaitan dengan cerita semalam) ketika itu hari malam dalam jam 8.32 minit malam. saya melalui Highway Plus yg sama. Naik kereta yang sama dengan org yg sama. pada pertengahan perjalanan tiba2 saya terdengar bunnyi angin memasuki kereta yang dipasang ekon. saya pun perhatikan tingkap kereta dibahagian saya terbuka sedikit secara tiba2 tanpa saya sedari. saya pun menaikkan semuala tingkap supaya angin tak masuk lagi. selepas itu saya merasakan kehadiran sesuatu di bahagian tempat duduk belakang yg tidak berpenumpang. saya tak berani nak lihat ke belakang, mana la tau nampak ker. saya cuma mendiamkan diri dan berbincang topik2 semasa dengan driver. selepas melepasi Tol Jelapang dan membayar duit Tol barulah saya cuba2 berani toleh ke belakang dan melihat kalau ada apa2 di belakang. namun saya tak nampak apa2. Saya pun memberitahu driver yg saya rasakan ada kehadiran sesuatu di dalam kereta itu. saya cakap kat driver ada yg menumpang kereta ini. selepas sahaja saya habis berkata kata, driver pulak kata tiba2 saja bulu tengkuk nya meremang. Nampaknya saya tak cakap kosong, sebab org tetua kata kalau kita berkata tentang sesuatu dan tiba2 bulu roma menegak maknanya benda yg diperkatakan itu wujud. Saya kata lagi kat driver, yg menumpang tu perempuan, sbb bulu roma saya tak meremang pun. driver kata tak de nya. saya pun saja berkata2 kononnya pada 'benda' tersebut supaya turun cepat drp kereta sambil saya menurunkan tingkap kasi can dia keluar. tapi saya tak pasti la dia keluar ke tidak. kemudian saya balik ke rumah, buat apa yg sepatutnya dan cuba untuk tidur sbb penat, manakala driver pegi ke restorennya dan tido di sana. sepanjang malam tersebut saya tak dapat tido sbb cuaca panas dan saya rasa tak selesa. esoknya saya pegi kerja dengan mengantuk yg tak berkesudahan. semasa dalam kereta, driver menceritakan yg malam tadi dia nampak lembaga pompuan berambut panjang dan bertaring, bukan dia sorang jer yg nampak malahan pekerja restoran yg lain pun nampak juga. lembaga itu merenung driver.... nasib baik tak pegi berkenenalan ngan driver.. nampaknya apa yg saya rasakan pada malam itu benar belaka....... dan ini bukan kejadian yg pertama.... sabo la..nanti saya cerita yer...ekekekeke
kali terakhir diubah pada: Mar 9, 2005, 21:54
Add a comment
|