|
jari manis ku terluka disepit galah
Semalam saya pergi memancing udang galah bersama driver di sebuah kolam berbayar yg sangat cantik pemandangannya tapi tak sempat amik gambar sbb kamera belum beli lagi. tangkapan pertama kami merupakan seekor udang galah bersaiz sederhana dan bersepit GALAH HANYA SATU. semasa cuba menanggalkan mata kail daripada mulut udang yang sedap bila di goreng itu, dia telah memberontak dengan menyepit jari manis saya walaupun saya telah menekan sepitnya itu ke tepi. dengan itu jari manis saya berasa sakit lalu saya mengaduh kecil dan kelihatan darah keluar dari luka sepitan tersebut. sakitnya terasa perit seketika seperti sakitnnya ketika jari dicucuk dgn jarum ketika proses pengenal pastian darah semasa menderma darah. walaupun banyak udang yang menggigit mata kail ttp hanya beberapa ekor sahaja yg dapat dinaikkan ke darat. ini kerana kata driver... dia telah kehilangan skill pemancingannya kerana terlalu lama bercuti daripada memancing. kami memancing selama dua jam dan hanya berjaya menaikkan 5 ekor emak dan bapak udang serta seekor cucu udang. saya meletakkan mereka semua dalam baldi kecik ttp mereka asik melompat keluar, akhirnya kami kehilangan cucu udang tersebut sbb dia melompat entah kemana dan tidak dapat di kesan. bayaran untuk 2 jam tersebut ialah RM20 tidak termasuk harga umpun-umpun yg digunakan sbg umpan. kalaulah saya pergi ke pasar dan membeli udang galah, harganya kadang2 cuma mencecah Rm18 dan tentunya lebih berbaloi. ooo... terlupa pula saya nak mengira harga minyak dan tol yang telah dibayar sepanjang perjalanan ke kolam tersebut. nampaknya mmg rugi. setelah penat memancing saya singgah di sebuat restoran western dan makan 'chiken grill with mushroom sauce' manakala driver makan 'steak with black paper sauce'. makanan yg saya oder tak sedap, rasa nak muntah, tapi driver punya makanan sedap, saya mintak sikit dia punya dan akhirnya driver habiskan kedua dua pinggan makanan tersebut. setelah itu saya pulang ke rumah. dan untuk membalas dendam, saya telah menggoreng udang yg menyepit jari manis saya dan memakannya sambil menonton TV. Erm...nyam...nyam...rasa udang itu sungguh sedap dan rangup... itulah rasa sebuah pembalasan dendam yg sungguh indah..... ada tinggal lagi empat ekor udang yang akan di masak pada petang ini setelah saya balik keje nanti.....
kali terakhir diubah pada: Mar 14, 2005, 18:45
Add a comment
kak sofe mmg rindu pada korang berdua Arisa dan Hana begitu juga kepada kekasih, pak we, balak, mak dan juga abah kak sofe hingga kelu lidah ini tidak terkata lagi......
138864 |
Dipos oleh sofeanny pada March 15, 2005, 13:34
ai, kak sofe.... udang2 kat umah kitorang masih lagi belum diapa2kan... masih beku dengan tenteram di dalam freezer.... :)
138857 |
Dipos oleh HanaKirana pada March 15, 2005, 12:06
Hai kak Sofe yg di wendui
Kak Sofe.......tak wendu kat kita ke? sampai ati...
138853 |
Dipos oleh arisa pada March 15, 2005, 11:34
|