|
CHEF TERJUN
Baru baru ini saya pulang ke rumah mak abah saya yang bersebelahan dengan rumah adik bapak saya yang bongsu iaitu bapak sedara saya. Sempena cuti sekolah ini dia menikahkan dua orang anaknya, jadi sebagai anak sedara dan juga sepupu kepada pengantin maka terpaksalah saya membantu serba sedikit (pada jangkaannya) Saya pulang pada sebelah malam dengan tujuan berjumpa dengan adik beradik saya yg jarang2 saya berjumpa. Sungguh seronok melayan karenah anak2 sedara yg comel2. saya menceritakan kepada kakak saya yang taman yang selalu dia bawak anak2nya itu bermain merupakan pusat Gay berjumpa dan memulakan perkenalan. Saya dapat maklumat tersebut daripada blog2 yg saya ada terbaca. Akak saya buat tak heran jer. Bengang saya la... Pada malam tersebut abah saya, mak saya, adik mak saya dan sepupu sepapat yg lain sibuk menyediakan kelengkapan pemasakan untuk kenduri esok hari dan juga malam tersebut. Saya pula sibuk mengendong anak sedara saya yg berambut kerinting dan melayan karenahnya (sebenarnya sbb saya maleh nak memedihkan mata mengadap asap). Saya pun tido setelah sampai waktunya, tapi mak ngan abah saya masih penat bekerja. Esoknya saya bangun awal sbb saya dah biasa bangun awal gi kerja. Mak ngan abah saya dah pun pegi ke kawasan pemasakan. Saya pun pegi ikut tapi tak de org lain pun termasuklah mak ayah pengantin. Diorang ni nak kenduri ke tanak? Sepupu sepapat, mak bapak sedara pun tak nampak batang hidung. Terpaksalah saya dan seantero ahli keluarga saya termasuk adik ipar, abg ipar dan seangkatan dengannya bertungkus lumus memasak hidangan untuk kenduri. Mak saya sebagai Excutive Chef, bapak saya Sous Chef dan seterusnya. Memula saya dan mak saya memasak kurma ayam 2 kawah, abah saya masak nasik putih seperiuk besar, abg ipar saya masak gulai daging, pas tu masak pulak nasik minyak dua kawah. Cam tak pecaya jer. Tetiba jer keluarga saya dah jadi pengusaha katering. Selepas itu semua yg di masak siap, main hantam jer, lepas tu sedara mara belah bini bapak sedara saya ambil alih untuk menghidang. Susah sikit dua keluarga nak bergabung sebab berlainan keturunan walaupun masih dipanggil Melayu. Lepas habis masak, apalagi makan la. Saya rasa sedap jer masakan yg dimasak sbb kami yg masak tentulah ikut taste kami. Tapi ta tau la apa kata tetamu yg makan. Sukati diorang la nak kata tak sedap pun. Itu pun dah di kira nasib baik dapat makan. Abah saya banyak bagi komplen sbb katanya adiknya tu tak cukup bersedia dari segi barang2 keperluan masakan. Masa di tanya cukup ke kelengkapan, katanya semua dah lengkap, tapi bila sampai masanya semua tak cukup. Tengahari itu saya pun balik ke rumah saya balik setelah driver datang menjemput saya, tak sempat tunggu habis kenduri. Lepas ni sesapa nak buat kenduri kawin ke, berkhatan ker, bole le panggil kami sekeluarga untuk dupah memasak di kenduri anda...sedap tak dijamin....ekekeke
kali terakhir diubah pada: Mar 15, 2005, 19:28
Add a comment
waaa... dah nak kawin rupanya.....
138943 |
Dipos oleh sofeanny pada March 17, 2005, 8:58
wahhh./.... boleh ler panggil kak sofe lepas nih.... :)
138923 |
Dipos oleh HanaKirana pada March 16, 2005, 19:04
|