|
Pasar Malam Cameron Highland
Ha! Ha! ha!... saya ke Cameron Highland lagi, tanah tinggi pujaan hatiku. Kali ini saya sampai di sana pada waktu petang menghampiri malam. Suasana masih sejuk seperti biasa tiada kesan sampingan daripada musim kemarau. Tetapi di sepanjang perjalanan, saya dapati ada tompokan hitam hutan kecil yang terbakar. Sempat juga saya memerhatikan kawasan kemalangan yang telah meragut beberapa nyawa baru2 ini. Sana sini kelihatan penghadang tepi jalan kemek di langgar oleh kenderaan. Apabila sampai sahaja di Brincang kami disambut oleh sebuah khemah tepi jalan yang menjual barangan batik dan juga cenderamata, bole tahan mahalnya, jadi tak beli la. Peh tu jalan lagi, punya la ramai org, cam ada pesta jer, baru la teringat rupanya sekarang ni musim cuti sekolah, ramai btui org , sesak udara kat Cameron. Saya yang berbaju lengan panjang berjenama Puma, seluar separa trek Cheetah dan berselipar cap ayam (tak de jenama) manakala driver pula berseluar bermuda jenama Arnold Palmer dan singlet cap ayam yang pernah katanya dipakai sewaktu beliau ke Filipina, India, US telah turun dari kereta buruk dan menjoin kan diri dengan org yang ramai ramai itu untuk menghirup udara malam di Cameron Highland. Banyak org yang pandang2 driver yang driver pulak perasan cam org daripada eskimo atau nepal pakai singlet memalam kat C.H. Saya telah ke pasar malam Cameron Highland dan terus membeli belah di sana, saya beli bunga ros 6 dozen dapat free bunga kering, petua kat C.H ni kalau nak free kene mintak kalau tak mintak dia tak baginya, yang menjualnya org Indon, kalau kene gaya kao sembang ngan dia, dia bagi free semua yg ko nak dengan syarat toke dia tak de berhampiran ngan dia. Pas tu saya beli jagung bakar yg meletup letup macam pop corn masa dibakar. Rasanya tak syedap. Driver pulak beli roti John yg bole tahan saje rasanya. Pas tu saya meneruskan perjalanan ke Tanah Rata, waaa lagi la ramai org sampai nak parking kete pun tak bole.... Kami pusing balik ke Brincang, jenjalan skit dan pulang, perjalanan pulang terasa sangat panjang, driver tak bagi saya tido sbb dia jeles dia kene memandu. Bila saya diam jer dia cepat memekak suruh saya bangun, dia kata nak masuk gaung ke. Saya kata masuk la sensorang. Untuk menghilangkan kemengantukan yang teramat sangat saya telah memasang kaset Cinta Sonata yang driver sibuk nak beli sbb nak dengar suara penyanyi lembut tu. saya pasang lagu Salsabila dan menyanyi kuat2 supaya hilang mengantuk lepas abis lagu tu tiba giliran lagu pujaan saya “Hanya memuji”, saya pun menyanyi sekuat hati, mesti monyet2 ngan rimau2 kat tepi jalan tu semua terkejut tak termasuk urang2 ashly yang tinggal diperkampungan tepi jalan tu. lepas tu tiba giliran lagu “Sandarkan pada kenangan”, saya paksa driver menyanyi sebagai jamal abdillah dan saya nyanyi part sarah. Lepas tu saya ulang2 jer tiga lagu tu balii sebab semua lagu lain bisa bikin mengantuk lagi dalam. Akhirnya sampai jugak kami ddengan penuh keletihan satu badan dan juga mulut serta sakit tekak. kalau nak komen apa-apa bole taip kat BUKU TAMU SOFE
kali terakhir diubah pada: Mar 20, 2005, 23:17
Add a comment
ha'ahkan...hehehehehhe..luper la kak sofe..takkan nak jalan kaki ye tak...beli apa kat sana? apa yg besh kat sana?ingat nak pi sana ler masa coti nanti..
139152 |
Dipos oleh arisa pada March 21, 2005, 16:10
aiya! musti la, kalau idak sape nak drive
139150 |
Dipos oleh sofeanny pada March 21, 2005, 15:11
waaaaa...besh nyer kak sofe..errr...pegi berdua ngan driver ker...hehehehhehehehhehehehe
139147 |
Dipos oleh arisa pada March 21, 2005, 14:09
|