|
Dunk In Dough Nut n’ Petai
Saya balik umah mak abah saya lagi, kali ni dijangkakan adik beradik saya yg lain pun akan balik sbb ada majlis kenduri kawin lagi sekali utk sepupu saya di belah pengantin lelaki pulak. Saya pun beli cemacam la kan buah tangan, dalam pakej buah tangan tu, saya ada beli setengah dozen dunkin donut pelbagai perisa dan seikat petai. Saya pun sampai rumah, tapi tak de org, semuanya gi umah kenduri, tolong masak. Petang tu pulak ujan lebat, petang lagi baru la keluarga adik saya sampai dengan anak berambut kerinting. Saya pun bagi lah sekotak donut tu suruh dia makan, tapi dia lebih berminat kepada seikat petai. Nampak pelik tapi benar. Ayah dia kata, anaknya suka makan petai, saya tak percaya, takkan la budak umo setahun setengah suka makan petai, makan nasik pun jarang jarang. Lepas tu ayah dia pun buat demo depan saya sbb saya tak percaya. Dia pun kupaskan kulit petai dan bagi petai tu kat anak dia. Dengan penuh bergaya si rambut kerinting buangkan kulit ‘ari’ petai dan makan petai cam makan gegula. Mak aihhh. Terkejut den. Dasat sugguh anak menakan saya tu. tak percaya. Dia tak pandang lansung donut yg ada tu, yg cantik menawan berwarna warni... dia nakkan petai jugak, terpaksa lah mak dia sorokkan petai yang lebih, nanti dia nak lagi la pulak. Pas tu kan, setiap kali dia berakkan, baunya punya la busuk, sbb dia pakai pampers lagi, kalau terbau bau petai tu maknanya dia dah berak la tu.
kali terakhir diubah pada: Mar 29, 2005, 0:28
Add a comment
hai kak sofe..hehehehe..bg jer lah dunkin donut tu kat saya...hahaha...senin nih birthday saya tau...hahahahhaha..doakan bos approve permohonan cuti saya...
139603 |
Dipos oleh arisa pada March 30, 2005, 10:21
|