|
Pancing ikan kecik di kolam kecik dengan budak kecik
di suatu petang yang indah saya telah pegi memancing di sebuah kolam air tawar berbayar. sebenarnya saya ikut driver ajer. apabila sampai di kolam, banyaklah org2 pemancing menegur driver termasuklah seorang pemuda yang agak hensem. pemuda tu selalu saya jumpa di kedai pancing melepak dan berborak borak dgn toke pancing, badannya kurus macam isap ganja tapi driver kata dia tak mengisap ganja tapi cuma ketagih memancing ajer. pada petang itu budak ensem itu membawa adiknya sekali pegi memancing. adiknya itu berumur kira2 9 tahun atau 8 tahun (saya tak sempat nak tanya). driver memancing dikolam besar untuk mendapat ikan besar manakala saya pula memancing dikolam kecik yg free. adik budak ensem tu ikut saya memancing kat kolam kecik. kat mana saya campakkan kail saya kat situ la jugak dia campakkan kailnya. bila saya dapat ikan, muka dia nampak macam jeles. tiba2 kailnya di makan ikan, dia punya la suka siap melompat lagi dan menjerit jerit bagitau abang dia yang dia dapat ikan. selepas dia dapat ikan dia menjadi semakin ramah ngan saya. katanya semalam dia ada datang mancing kat situ tapi sekor pun tak dapat, dia kata "kakak ni ada 'ong' la". saya pun senyum bangga jer la. lepas tu dia cakap tak berenti renti sbb dia banyak dapat ikan, tapi budak ni kira spesies yg bersopan santun la jugak. dia kata adik beradiknya ada dua belas org, terkejut saya mendengarnya. dia ada lagi dua adik katanya. pas tu dia tanya saya duk kat mana, saya kata teka la, dia kata lagi " akak ni org bandar yer", agaknya dia kata saya org bandar sbb masa tu saya pakai selipar warna oren (agaknya la... ekekekeke). toke ikan yg datang melawat tanya kat saya," itu lu punya anak ka?" saya cakap ya la. toke kata lagi,"besarnya anak lu". budak tu pun menganguk jer bila toke tu kata dia anak saya. hari tu tangkapan kami sangat memberansangkan. saya sedekahkan ikan pret kat dia sbb dia kata abgnya suka makan ikan tu, lagipun kan adik beradiknya ada dua belas org... kesian dia. saya pulak mintak ikan puyu yg dia dapat sbb saya suka bela ikan puyu, org kata hantu takut kat ikan puyu...... ya ka? driver dapat sekor jer ikan pada hari tu, dah la sekor kecik pulak tu, tak sampai sekilo beratnya, setaraf jer cam hasil pancingan saya kat kolam kecik.
kali terakhir diubah pada: Mar 31, 2005, 0:15
Add a comment
|