|
Bukit Merah Lake Town
saya tak pernah pegi tempat ni. sempena musim cuti2 M'sia yg di adakan sendiri oleh saya. saya pun pegi lah melawat ke sana. saya pegi ke sana dari selatan ke utara melalui lebuh raya PLUS la. dari selatan redup jer, apabila sampai selepas daripada taiping jer, dah tak redup lagi. apabila dah sampai kat simpang bulit merah, kami pun tanya la dengan penjaga tol tu cemana nak gi ke Bukit Merah, budak pompuan yg comel tu kata, jumpa traffic light 100m peh tu pusing kiri. kitorg pun jumpa la Lake Town Resort tu, waa kena naik bukit punya la tinggi patut la diorang panggil bukit merah, ingatkan ada tasik jer cam slalu Senario Promosi tu. masa kat atas bukit tu nampak la pemandangan tasik yg sangat luas cam laut..... kami pun sampai kat resort tu, bole tahan, Water park RM21, Oreng Utan Island RM15 bole tahan mahalnya yer tak. kitorg jenjalan jer sambil tangkap gambo, saya tangkap gambo ngan ikan toman. kat tasik ada banyak itik berenang. ada bot dan tak de org. driver terpandang sign board untuk memancing, dia mula la eksited, bila tengok pancing yg disediakan terbantut angan2, ada ka patut diorang suruh mancing kat tasik yg luas tu dengan menggunakan pancing batang nipah? tak logik btui. peh tu driver sempat mengtemuduga pekerja kat situ, katanya tasik kat situ dah kering sikit daripada paras asalnya, kelihatan batu batan tasik yg timbul sbb kurang air. driver banyak nak tanya kat pekerja2 kat situ, tapi semuanya berat mulut, abang yg sorang tu jer peramah skit. bila kita tanya diorang layan tak layan jer. patut la tak ramai org datang kat sana. masa nak balik kitorg gi kat kedai cenderamata dia. saya bekenan kat satu patung lembut oreng utan ni, comel sangat harganya RM25 kira murah la tu tapi hanya bole dibeli apabila anda membelanjakan RM500 kat kedai tu, aiyo tak logik saya nak kena blanja RM525 untuk dapatkan sekor org utan yang tak bernyawa. peh tu driver nak beli singlet yg ada jual kat situ, driver pun cuba la singlet tu, masa tu ada sorang jurujual yg tolong pilihkan singlet untuk driver, masa driver cuba2 singlet tu, saya terbau bau ketiak bawang, busuknya. saya pun cakap la kat driver yg ketiaknya busuk sangat. driver diam ajer tapi tetiba jer jurujual tu belah dari situ. lepas jurujual tu blah, driver cakap ngan saya yang bau ketiak tu bukannya dia tapi budak jurujual pompuan tu, ak e na, kalau saya tau bukan driver gerenti saya tak cakap cenggitu. mesti budak tu malukan, kesian dia. bila saya pulak nak beli baju, saya terpaksa panggil budak jurujual, tapi jurujual ketiak busuk tu tanak datang dah, dia suruh kawan dia yg layan saya. selepas beli belah cenderamata, kami pun balik la ikut Plus sekali lagi.
kali terakhir diubah pada: Mar 31, 2005, 0:41
Add a comment
|