|
Semalam mak saya datang
Semalam dalam pukul tiga ptang adik saya tepon, katanya dia nak datang ngan mak saya. rumah saya punya lah berselerak, sbb seminggu ni merata saya pegi, Melaka, Penang, ChowKit, Jln Sutan Ismail, Bukit Nanas, Sg. Wang, The Mines, Genting Higland, Times Square semua saya pegi, yang terlupa sbut tu jgn amik ati yer. selepas mendapat panggilan tepon tu cepat2 la saya mengemaskan segala barang2 yg berterabur termasuklah swimming suit yg tak berbasuh lagi, beg2, kain baju, cencaluk, gula kabung, belacan (semua ni beli kat Melaka buat buah tangan kat sedara mara). selepas itu saya cepat mengeluarkan satu alatan yg baru saya beli iaitu sebuah vacum cleaner untuk menyedut segala sampah dan habuk serta daki2 badan yang bertaburan di lantai rumah saya (menurut kajian, sebahagian besar habuk yg didapati di rumah adalah daripada sel2 mati manusia (daki la tu)). akhirnya rumah saya menjadi bersih dan cantik seperti sebuah show room. tapi mak saya pulak tak tiba2 lagi. hari pulak hujan, cuaca mengundang saya untuk membaringkan badan depan Tv dan terlena sebentar. namun begitu sebelum terlena saya telah menyiapkan diri saya dengan pakaian yang sepatutnya agar nanti mak saya tak terkejut melihat saya nanti. setelah tido sebentar barulah mak saya sampai, kebetulan pulak ari tu saya ada masak banyak lauk, mak saya pun makan nasik dengan lauk yg saya masak, begitu juga dengan adik saya yg kuat makan. adik saya ponteng keje ari ni (Isnin) dengan selambanya sbb katanya boss nya ialah abah saya sendiri. tujuan mak saya datang ke rumah saya ini adalah untuk pegi melawat sepupu saya yg baru bersalin, tapi mak saya singgah umah saya dulu sblm pegi, tapi dia kata dia rasa malas la pulak nak gi umah mak sedara saya tu. lepas tu kami bersembang sembang dan tercerita pasal sushi, mak saya suka makan sushi. terpaksalah saya dan adik saya ke JJ kejap untuk membeli sushi, saya tak suka makan sushi jadi saya tak tau cemana nak beli sushi yg sedap sbb pada saya semuanya tak sedap. akhirnya saya membeli set sushi yg tah apa2. adik saya pulak kata slalunya adik saya yg lain tak beli sushi kat JJ, diorang beli kat kedai sushi tu.. ala apa ke namanya.. Sushi King.., saya kata tak payah, sbb kat situ mahal... agaknya la, tak penah masuk pun. saya juga mengambil peluang membeli durian, anggur dan cemacam lagi untuk diri saya. hari ini pun mak saya masih ada kat rumah saya, pagi tadi saya terlambat bangun nak gi kerja. baju tak iron pun, lantakla pedulik apa, bukan org nak pandang pun. saya tak tau la mak saya ada lagi kat rumah ke, atau dah pegi ke rumah mak sedara saya. tadi pagi masa saya hantar sarapan, mak saya tengah basuh pinggan yg saya dah tak basuh dekat seminggu.. ekekekee.....
kali terakhir diubah pada: Apr 10, 2005, 21:45
Add a comment
|