|
Saya ke Melaka
Bebaru ni saya pegi Melaka atas permintaan kawan saya yang berbunyi begini: “ Aku tak leh ajak org lain la, sbb ngan org lain aku tak leh ngam la kecuali ngan ko”. Saya tak tau la kata2nya itu ikhlas atau Cuma sebagai ayat waktu terdesak. Sebenarnya saya malas nak gi jenjalan atas urusan rasmi ni, tapi mengenangkan kawan saya tu banyak berjasa kat saya terpaksalah saya ikut jugak dia ke Melaka, lagipun saya tak brapa suka gi Melaka sbb banyak kali sangat dah pegi Melaka, paling tak tahan bau tahi lembu kat Melaka, org Melaka jgn marah daaa.... Kami pergi ke sebuah pekan kecik kat Melaka yg menyimpan satu rahsia kerajaan, sampai tak leh letak papan tanda pun, takut jadi sasaran pengganas. Nasib baik la drebar kampeni tu tau jalan ke sana sbb dia dah pegi skali dulu. Punya la jauh masuk ke dalam, nasib baik jumpa. Masa sebelum sampai saya pakai selipar warna oren saya la, bila nak jumpa org kat situ terpaksa la saya pakai vogue sikit, kang malu la pulak kampeni. Kami tersampai awal, org belum masuk keje lagi pun, terpaksalah bertenggek kat lobi dulu, saya tengok buku tetamunya, banyak nama dasat2 kat situ TPM la, Menteri itu la, menteri ini la, teringin saya nak tulih nama saya sekali tapi rasa tak berani la pulak sbb saya tak setaraf ngan diorang tu. tapi depan buku tetamu tu tak de la pulak tulih mesti ditandatangani oleh menteri sahaja. Tapi saya maleh la nak tulih nama saya kat situ, takut2 nanti ada pulak org nak berkenalan... ekekekeke. Sebenarnya malam sebelum tu saya tak brapa cukup tido sbb asik bersembang ngan kawan saya ni, maklum ler, walaupun bekerja satu kampeni tapi dia kat bahagian lama saya dulu, dah dekat 2 tahun saya tinggalkan, jadi banyak la cengkadak nak di ulas kembali. (mengumpat sebenonya) Memula, masa tunggu org yg berkenaan datang, saya rasa cam semangat jer, bila lelama tunggu saya rasa nak tido jer, lagipun sofa kat lobi tu empuk sangat pas tu kepanjangannya memang cukup sesuai dengan susuk tubuh saya, sampai termimpi-mimpi nak baring kat situ, tapi mengenangkan maruah kampeni yg disegani ramai terpaksa la saya lupakan saja hasrat saya tu. Akhirnya sampai juga la org yg ditunggu, dia pun ajak kami ke bilik konperennya, dia pun bagi la keterangan cemacam, bukan bidang saya tapi ada banyak maklumat menarik, memula rasa best gak denga tapi cara org tu bercakap yg tak best membuatkan mata saya rasa sungguh berat seberat logam Plumbum. Bilik tu dah la sejuk giler, mula la rasa nak terkucil. Kawan saya dah dua kali gi toilet, saya belum sekali pun lagi. Kawan saya kesian nengok saya mengantuk, lagipun saya ni pegi atas desakan dia, saya cakap ngan dia saya nak klua dari bilik tu tapi saya tak bawak beg tangan, saya pesan kat dia, kalau saya tak balik bilik tu pepandai la dia bawak keluar skali beg tangan saya tu. saya pun klua gi toilet peh tu terus saya masuk kenderaan dan tido sehingga tak sedar apa yg terjadi kat luar sana. Rupa2nya penerangan drp pegawai tu makan masa tiga jam, nasib baik saya tido... ekekek. Lantakla dia nak kata apa. Lepas abis keje kat situ, kawan saya pun cerita, katanya pegawai tu tanya mana saya pegi, dia berterus terang jer ngan pegawai tu kata saya gi tido. Apa la... tanak cover lansung, nasib baik la pegawai tu tak brapa skema sangat. Lepas tu saya pun pegi sesi bergambar-gambar tapi sempat cuci taik mata dlu tau...
kali terakhir diubah pada: Apr 11, 2005, 1:49
Add a comment
|