|
Cerita pemandu teksi
Semasa saya berjalan serata Kelumpo ari tu saya telah tertemuduga seorang bekas pemandu teksi. saya nak ceita la pengalaman2 dia selama dia memandu teksi, cerita2 ni diceritakan oleh dia kepada saya semasa saya mentemuduga dia tu. Cerita Dua Taiko Pada satu malam yang meriah, encik telah lalu di hadapan sebuah pub, lalu teksi encik telah ditahan oleh seorang apek umur pertengahan. apek dalam keadaan mabuk bersesuaian dgn tempat yang dipeginya. apek minta encik hantarnya ke rumahnya. encik pun drive le teksinya ke kawasan perumahan apek, bila sampai apek dengan kemabukannya keluar teksi tanpa membayar tambang. encik meminta tambang teksinya. apek dengan kemabukannya berkata bahawa: "Lu talak kenal gua ka!? Gua taiko ini kawasan, lu lagi belani mintak luit sama gua, lu mau mati ka? nanti gua suruh org gua bantai lu kasi mati!" encik naik marah. apek sesukati hati jer tanak bayar tambang, peh tu siap ugut2 encik lagi. encik pun nekad membuat satu keputusan. encik pun terus memandu teksinya menuju ke arah apek mabuk, apek pun terpelanting jatuh ke longkang. setelah diperiksa didapati kaki apek patah. selepas itu, encik terus ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan yg dia telah melanggar orang di tepi jalan. encik kata, se Taiko mana pun apek, tetap jatuh longkang jugak dan patah kaki, tak de pun mana2 anak buahnya yg pernah datang mengganggu encik sehingga ke hari ini. Cerita Dua Tamat.
kali terakhir diubah pada: Apr 13, 2005, 21:47
Add a comment
|