|
Samara or Sahara?!!!
pada suatu hari ada dua orang manusia yang ponteng keje . sorang lelaki dan sorang pompuan. semasa ponteng itu mereka merasa sangat bosan. cuaca hari itu pun sangat panas. si jejaka mencadangkan agar mereka berdua pegi tengok wayang sbb ada ekon. mereka pun pegi ke kaunter dan bersedia untuk membeli tiket. setelah bertanya tentang tayangan apa yg paling hampir dengan waktu tersebut, tukang bagi tiket telah mennamakan dua cerita iaitu Samara dan Sahara. dua2 org ini bukan kaki wayang, jadi dia org main acilut jer pilih wayang tersebut, jadi yg pompuan pilih cerita tajuk 'Samara' sbb kata tukang jual tiket, cerita tu cerita hantu. setelah itu yang pompuan pun pegi beli makanan sebanyak mungkin untuk dimakan dalam panggung wayang walaupun undang2 kat situ kata tak bole. lepas tu diorang pun bagi tiket kat penjaga tiket dan carik pintu no 6, terjumpa la dua pintu berdekatan yang ditepinya bernombor 5 & 6. diorang sempat bertekak dulu nak masuk pintu yg mana. peh tu yg lelaki kata, masuk pintu mana pun bole. disebabkan masa tayangan nak dekat, diorang pun masuk aje laa. diorang pun duduk, macam biasa memula ada iklan, yg lelaki sibuk nak makan la, nak minum la. diorang pilih tempat duduk depan, dalam panggung tu ada diorang berdua je, yg pompuan rasa pelik tapi yg lelaki kata: ala itu biasala. dah lama peh tu, baru la ada penonton lain yg masuk. selepas abis iklan, muzik filem tersebut pun keluarlah disertai dengan gambar awan. kemudian keluar tulisan: THE BEST LOVE STORY EVER. yg pompuan terkejut sbb penjual tiket tadi kata cerita hantu..... tak lama lepas tu kluar pulak tulisan berbelit belit, alamak! tulisan tamil. takkan la citer tamil kut. lupa la nak tanya penjual tiket tadi cerita bangsa apa ekkk samara tu? lepas tu diorang berdua cpat2 pack bebarang makanan dan blah dari panggung tu, penonton2 lain yg datang kemudian asik mengketawakan dua orang itu, semua penontonnya nampaknya berkulit gelap. malu yg teramat sangat dirasakan kerana keduanya telah tersilap masuk panggung, nasib baik lampu tak pasang, kalau idak lagi la malunya....... tu la... lain kali jangan ponteng keje... peh tu diorang masuk la panggung yg btui, dpt la tengok cita 'Samara' (The Ring Two), sama jer cam dalam citer lawak yg apa ke namanya tu, dah tak ingat........ tapi malu sbb salah panggung masih diingat sehingga ke hari ini.
kali terakhir diubah pada: Apr 29, 2005, 1:37
Add a comment
jwp Hana
akak tak perasan la dek...! tak per.. nanti akak akan pastikan akak nengok citer tu...ekekekekeke
141136 |
Dipos oleh sofeanny pada May 3, 2005, 8:14
jwp pelangi
cakap 'india' memang pandai tapi cakap bahasa Tamil tak pandai.
141135 |
Dipos oleh sofeanny pada May 3, 2005, 8:13
Dey..Apa cerita u tengok :b
Hahahha...
Mujur sahaja orang kulit hitam itu tak menegur
U pandai cakap india ker :b
141057 |
Dipos oleh rainbowboy82 pada May 1, 2005, 9:55
kak sofe perasan tak ada satu cerita orang berkulit gelap kat TV (drama bersiri) tu sebijik cam nama saya. Huwaaaaaaaa...
141039 |
Dipos oleh HanaKirana pada April 30, 2005, 14:12
|