|
Meja Recycle
Meja saya memang sentiasa bersepah. Bukan sebab yg lenlain tetapi sebab saya ni 'rajin'. 'rajin' buat kerja. Kueh...kueh....kueh...! Kat tempat keje lama, ada sorang kawan tu cakap meja saya ni meja recycle, bila saya tengok memang pun, bukan meja tu di kitar semula tetapi meja saya kelihatan seperti tempat pengumpulan barangan untuk dikitar semula. kat tempat keje baru ni, ramai staff datang daripada satu unibersiti tapi bukan dari unibersiti hebat yg saya belaja tu la. diorang selalu berkumpul sambil bercerita pasal lecturer diorang masa blaja dlu. saya tumpang denga jer la. diorang cerita la, lect tu baik la, lect ni garang la. tapi saya ingat diorang selalu cerita diorang ada sorang lect yang sangat genius. diorang kata lect diorang tu punya meja punya la bersepah, kalau diorang nak jumpa lect tu, nak duduk/berdiri kat mana pun tak tau sbb bersepah sangat...penuh ngan buku dan cemacam. kat atas meja saya pun ada banyak jugak menda2 yg macam buku, termasuklah majalah, dokumen2, fail dan seangkatan dengannya, kira bole dianggap sama cam lect diorang tu la. dengan itu saya 'mengklasifikasikan' atau men'declare'kan diri saya genius jugak cam lect diorang tu....... saya cakap pasal bersepah ni bukan sebab apa.., sebabnya saya tak larat nak mengemaskan meja saya ni sempena lawatan dari satu badan berkanun minggu depan. denga kata tak jadik datang, tak yah datang la...tak mampu rasanya nak kemaskan meja tu, lagipun baru jer selesai buat kerja bermati matian minggu ni... kasi la relek skit... so kalau ada sesapa yg lain meja nya bersepah kat opis.. anggap saja la yg diri anda itu genius seperti saya.....
kali terakhir diubah pada: May 6, 2005, 0:12
Add a comment
BUKAN..... TAK.....TIDAK BOLEH...nahi
141718 |
Dipos oleh sofeanny pada May 12, 2005, 13:44
kak sofe...kalau bilik bersepah bleh kira genius gak ker???
141674 |
Dipos oleh gigitakbertatoo pada May 11, 2005, 20:02
|