|
ADA CERAMAH...
dari pagi tadi hingga abis waktu pejabat, saya diceramah. Menarik tapi minda yg letih menggalakkan mata yg letih juga. Ceramah ini lengkap dengan makannya, sarapan, makan tghari dan seterusnya. tapi lepas tghari, saya pun blah, malas nak bergossip lagi dengan rakan sebelah sambil mendengar nada suara penceramah yg adakalanya kedengaran seperti nada suara pelawak zaman 70-an dan sekarang:- Hamid Gurkha. sebelum pegi mana2 ceramah, saya selalunya sediakan bekalan. untuk ceramah yg ini, persiapan telah dibuat malam tadi lagi, pertamanya saya cas hp saya sampai baterinya penuh kuasa, sesuai untuk tugasan nya pagi ini sebagai mesin permainan, dua game yg saya suka daripada 4 game yg ada iaitu Wall Breaker dan Ocean(jiwa pemancing yg masih kekal.) Juga saya pakai baju warena hitam hari ni supaya dapat lebih memerangkap haba dengan lebih cekap,sbb dewan ceramah tu sejuk gilerrr. memula cadang nak pakai blazer/kot tapi segan la pulak, kang org lain kata belagak sangat. pas tu saya bawak beg kertas selain beg tangan. dalam beg kertas ada sebotol kecil air mineral (nanti dahaga bila banyak sangat bergosip), gegula sepeket (ubat mengantuk, batuk), komik shin chan 3 biji (kalau dah abis modal bercakap/gosip bole membaca carik idea). ada ilmu yg saya dapat walaupun sibuk berpot pet. selepas selesai makan tghari saya bersegera ke opis mengadap pujaan hati saya ni. tak rugi saya ponteng ceramah ini, seorang staff bagitau saya satu hal yg sangat penting. saya pun segera membetulkan dokumen2 yg perlu. selamat daripada satu masalah. terima kasih mata dan perut yg kenyang kerana memberi kesempatan membaiki kesalahan ini.
kali terakhir diubah pada: May 12, 2005, 1:54
Add a comment
uih...persiapan ikut ceramah yang mantap.. boleh di tiru
141831 |
Dipos oleh gigitakbertatoo pada May 14, 2005, 15:32
akak ada buat collection sejak dari akak amik degree dlu lagi, tapi yg menyedihkannya.... koleksi tu banyak yg dah kena kidnap
141763 |
Dipos oleh sofeanny pada May 13, 2005, 8:29
saya pun sukeeee sangat baca komik Shin Chan... Best betul dan lawak yang teramat lawak. Kalau baca, kene baca sengsorang sebab saya susah nak kontrol gelak
141735 |
Dipos oleh HanaKirana pada May 12, 2005, 19:03
|