|
sebungkus air tebu
Semalam saya bercadang nak gi ke sebuah sungai peranginan. tapi driver tak nak pegi ke situ, dia kata tak kelas. dia kata nak gi Cameron Highland. saya kata ok la, best gak gi Cameron Highland. ok, kami pun bersiap sedia untuk pegi ke cameron. dalam perjalanan driver kata nak beli rokok, saya kata tak usah sbb menyesakkan udara jer. driver diam jer, dia marah la tu. dalam perjlanan saya nampak org jual air tebu, saya nak beli, driver kata tak payah. saya kata nak jugak. driver kata minum jer air mineral yg ada sekotak besar kat bonet kete tu. saya kata nak jugak. pas tu driver kata ye la, dia kata dia asik kena ikut cakap saya, saya kata mesti la sbb saya boss dia tu driver. masa nak beli air tebu, saya tanya driver sama ada dia nak sebungkus ker, dia kata tanak sedangkan air tebu tu peberet dia (merajuk la tu). selepas tu spjg perjalnan mukanya masam jer. saya kata kat driver kat payah la pegi CH, pegi mandi kat sungai jer udah la. dia ikut jer cakap saya. sampai kat sungai, saya pun segera tukar baju dan mandi. ermm... bestnya, saya baring atas air dan pandang ke atas. saya nampak hijau dedaun, nampak langit ygt biru bertompok2 putih awan. wah!!!! bestnya, sejuknya. saya ajak driver mandi jugak, dia kata tanak, mukanya masam. dia duduk kat kerusi batu. dekat kerusi tu saya sangkutkan air tebu. peh tu driver pegi rendamkan kakinya kat air panas, pas tu dia pi balik duduk kat kerusi batu dengan muka masam mencuka, saya dalam sungai beraksi penuh gaya gimarama air sambil menikmati kesejukan air dr rimba. sambil mandi saya perhatikan dari ekor mata, driver amik air tebu dan minum, saya panggil nama driver dari sungai, dia tersengih sbb malu dan dah mukanya tak masam dah. lama mana sangat la dia tahan merajuk dia tu, last2 dia minum jugak air tebu peberet dia tu, dia yg minum air tu sampai abis, saya merasa seteguk dua jer.
kali terakhir diubah pada: May 12, 2005, 19:25
Add a comment
mengada ngaa sebenonya, nak perhatian
142005 |
Dipos oleh sofeanny pada May 17, 2005, 8:12
drebar merajuk manja jer tuuu
141832 |
Dipos oleh gigitakbertatoo pada May 14, 2005, 15:37
hahahhahaha sama macam drebar sy, merajuk konon, pas tu nanti dia yang perabih semua. lagi satu kalau sy nak beli ceklat ke cekedis ke apa je la.. slalu tak bg. lepas tu kalau sy beli jugak, nanti dia yang sapu habih, sy dpt rasa sejemput dua je.. cesssss tak nak kononnnnnnn :)
141797 |
Dipos oleh selendangbiruu pada May 13, 2005, 17:05
|