|
Eksiden lagi
Pagi tadi lepas scan kad, saya pun meronda bandaraya untuk bersarapan. hari ni pelik sikit sbb laluan yg biasanya tak sibuk menjadi sibuk, saya tengok takde apa2 pun. peh tu banyak sangat la org joging kat tepi jalan macam ada Larian Bandaraya ke, Jogathon ke. peh tu saya pun pusing2 satu bandaraya untuk mencari puncanya. diatas satu jejambat saya menjumpai satu kemalangan kod merah. sebuah lori tangki terbalik dan mukanya rosak teruk (muka lori je). Pemandu dan kelindan tak de, dah hanto hospital kut. banyak minyak terpercik sekeliling jejambat. sebelah jalan penuh sesak, kereta tak dapat lalu. jalan sesak kira2 satu kilometer dengan kereta empat sebaris. driver mengketawakan mereka2 yg terperangkap dalam kesesakan jalan raya tersebut kerana kami berada di jalan yg sebelah lagi. setelah melalui kawasan kemalangan, tetiba driver kata kat saya:" napa tak amik bidiyo kemalangan tadi?". ek e le dah lepas baru nak bagitau, lain kali ingatkan la awal2. kekadang disaat kecemasan kita lupa lah pulak nak menggunakan peralatan yg ada. kemudian driver mengutuk saya, dia kata saya dah kene sindrom angau digital.
kali terakhir diubah pada: May 19, 2005, 21:05
Add a comment
|