|
Di singkirkan
Boss saya tugaskan saya menemani pegawai2 kanan ke Amerika Syarikat. Saya sahut tugasan itu dengan perasaan gembira. Maklum la dapat melawat negara orang ngan free, sapa tak nak. Sampai di airport, sekumpulan staff dari kampeni saya seramai lebih kurang sepuluh org sudah sedia menunggu. salah seorang daripadanya ialah kawan saya seunibersiti dulu. saya pun tak tau sejak bila dia mula bekerja kat kampeni ni. Saya pun duduk di sana sendirian kerana saya tak berapa kenal rapat dengan pegawai2 tu sebab diorang daripada bahagian lain. hanya saya sorang yang mewakili bahagian saya ke persidangan tersebut. saya terdengar pengumuman tentang kelewatan penerbangan kami. tapi tak begitu jelas. lalu saya pun bertanya dengan lebih lanjut kepada rakan seunibersiti saya tersebut. selepas tu kami berasembang-sembang jap. kawan saya kata bukan semuadari kampeni yg ada kat airport tu akan pegi ke U.S. saya agak terkejut mendengar penjelasan kawan saya itu. saya sangka kesemua yang berkumpul disitu akan ke U.S. kawan saya kata lagi, sebahagian daripada kami akan ke Pulau Tioman.dan saya merupakan salah seorang yang akan ke Tioman. Manakaa kawan saya akan ke U.S. saya agak terkejut dan berasa hampa, ini kerana boss saya telah menjelaskan yg saya perlu ke U.S bukannya ke Pulau Tioman. saya pun berjumpa dengan salah seorang pegawai kanan kampeni yang ada disitu. saya bertanya belia tentang pekara tersebut. saya tak puas hati btui. beliau menerangkan saya tak terpilih ke U.S kerana saya tak 'aktif'berbanding kawan seunibersiti saya tersebut (dia menggatikan tempat saya ke U.S). apa tak aktif, bengang btui saya. kalau ya pun cakap la awal2, tak de la saya terkilan sampai cam ni. saya cakap kat pegawai tu yg boss saya suruh saya ke U.S bukannya Pulau Tioman. lagipun boss saya ada kuasa besar atas pegawai2 kanan tersebut. pegawai kanan tu macam nak ngelak je bila saya cakap cenggitu. Sebenarnya saya tak brapa jelas tentang tujuan saya ke U.S ni sbb keputusan dibuat tergesa2 oleh boss saya. Pegawai tersebut menerangkan, sesampainya di U.S saya kene berinteraksi dengan omputih2 kat sana mewakili pegawai2 kanan yang dah tua tu. saya terkedu jap, saya memang tak brapa fasih cakap omputih ni, sedangkan rakan seunibersiti saya tu cakap omputih cair. akhirnya saya setuju je la pegi ke Pulau Tioman, dapat jugak berjalan2. tapi yang saya tak pueh ati tu lambat sangat bagitau. saya tak bawak pun alatan renang saya. saya cakap la ngan pegawai kanan tu, dia pun berterima kasih kat saya kerana setuju ke Pulau Tioman (dan tak ngadu kat boss saya pasal hal tu), baru saya nak bincang2 pasal alatan renang ngan pegawai kanan tu, tetiba alarm HP saya berbunyi. La... dah pagi rupanya. penat la mimpi kena pegi U.S la, Pulau Tioman la. nasib baik mimpi jer, kalau idak kempunan saya nak berenang kat PUlau Tioman. Harap2 jangan la jadi kenyataan pulak, malas saya nak outstation jejauh ni...ekekekekeke!
kali terakhir diubah pada: May 29, 2005, 18:58
Add a comment
maniscute: pesan apanya...hantar santau kat Bush ker? gtb: ko tutup lampu.. mmg la gelap..
142865 |
Dipos oleh sofeanny pada June 1, 2005, 10:04
punya la best mimpi...saya tido skang ni gelap jer...penat sangat kot
142832 |
Dipos oleh gigitakbertatoo pada May 31, 2005, 22:25
akak sofe saya ingat akak betui kener g u.s..boleh gak pesan aper2........
142815 |
Dipos oleh maniscute pada May 31, 2005, 15:39
sekala sekali bermimpi biar jejauh sampai ke U.S
142811 |
Dipos oleh sofeanny pada May 31, 2005, 14:31
Ya Allahhhh.... Mati-mati ku sangka kan betul-betulllll....!!!!! Eee... geramnyeee.... :D
142797 |
Dipos oleh HanaKirana pada May 31, 2005, 10:17
|