|
Kamera Saya Sakit
Frust menonggeng btui saya, alatan kegemaran saya dah jam. ini semua pasal sorang budak tu. lepas saya tangkap gamba dia, terus jam menda tu. (jangan terasa yer budak tu... akak gurau ajer). saya rasa kerosakan menda tu berkaitan ngan tubuh badan saya jugak. bebaru ni heboh kat opis ni ada org kena rompak depan mata. jadi kami kat sini kena berhati-hati sikit la. saya pun letak la handbeg saya bawah pelapik kerusi saya yg cantik tu, kengkonon supaya perompak tak nampak la. sekali tu bila saya balik dari toilet saya terus duduk atas kerusi. apa lagi...duduk atas menda tu la, sbb dia duduk dalam handbeg saya. saya jejarang duduk kat kerusi yang tu, sbb saya selalu duduk kat kerusi komputer jer. kat tempat keje saya ni, tak de pompuan lain yang ngadap komputer lapan jam sehari kecuali saya. kalau dah nak malang tu, malang la jugak. hari tu tetiba jerla pulak nak duduk atas kerusi tu. tapi tak per, kamera tu ada warranti lagi. so bole la antar balik kat kedai dia. itu pun ikut nasib la kan. kalau idak mintak jer org belikan baru. masa saya belajar dlu masa isi borang kerjaya, saya dapat kerjaya sebagai jurugambar, apa kata org putih.. 'photographer'. ha..gitu la. malangnya universiti yg saya masuk tak de tawarkan kursus jurugamba, jadi saya amik la engineering..... eh..meraban la pulak ke lain, tadi cerita pasal kamera rosak. malam ni saya nak kene pegi antar la kamera ni, peh tu nak gi JJ, renew kad JJ. itula cerita saya untuk ari ni....
kali terakhir diubah pada: May 31, 2005, 0:54
Add a comment
|