|
pay to be abducted by UFO
Malam tadi saya ke sebuah hypermarket ditemani oleh driver. tujuannya adalah tak lain tak bukan adalah untuk membeli air mineral untuk minuman la. selepas habis membeli belah, tentulah nak makan. memula driver kata dia teringin sangat nak makan pizza meatball tu. saya tak stuju sbb baru jer lagi pi makan kat situ. dalam peti ais saya pun ada dua keping lagi yang belum dimakan. saya cakap kat driver kalau dia teringin sangat, apakata kalau dia pi beli bakso peh tu taruh atas pizza island supreme yg ada kat dalam peti ais tu, mesti rasa dia jadi lebih kurang jer. akhirnya driver terpaksa mengikut cakap boss. kami pegi makan kat Manila Place (kalau tak silap la). saya cam biasa tentula nak orde lasagne dan driver pulak nak oder lamb shanks: our special dishes here! (bak kata waiter tu ler). driver pulak kata kambing tenggelam... walaupun tak sama dekat2 la bunyinya. driver minum air masak, saya minum ice latte.(bukan latif ibrahim). ulasan tentamg makan malam tu, macam hampehsssss...! Lasagne dia setaraf jer ngan yg jual kat Pizza Hut, tak sodap lansung, saya makan suku jer, driver kasi habis. Lamb Shank nyer pulak, sedap lagi kari kambing kat kedai mamak. lepas makan tentulah nak berhibur (tak sedo diri dah tuo). driver dengan berlagaknya mencadangkan pegi pampei (funfair). naik mainan yang paling mahal tambangnya ada kat situ iaitu UFO, sbbnya tempat dia tersorok sikit, tak de la malu sangat org tengok. memula naik agak lama jugak tunggu baru la nak mula. bila dah mula pusingannya perlahan sangat rasa pening nak muntah pun ada sbb baru lepas makan menda2 yg berlemak. pas tu baru la laju sikit dan turun naik, aicey macam best ajer, sempat sembang2 lagi. driver cakap kenapa saya buat bunyi, saya bukannya takut tapi cuma nak 'feel' lebih. pada pemerhatian saya, naik UFO ni lebih menarik daripada naik buai pusing (Ferris Wheel). masa UFO tu tengah laju, saya nampak sekumpulan staff kat tempat keje saya tengah tengok2 UFO. alahai malunya, saya palingkan muka, harap2 diorang tak nampak la. pas tu kan bila dah nak abis, pusingan dia perlahan la balik, masa tu dah start pening, rasanya cam nak terkeluar semua daging cincang, kambing, kopi tu semua. masa turun tangga rasa cam melayang2 jer. driver pulak saya tengok diam jer, tapi peluh merecik recik, saya jalan perlahan lahan ke kereta, hilang sikit demi sikit rasa nak muntah tu. bila sampai kereta, baru driver bersuara, katanya dia tak tahan nak termuntah sangat, tu la makan bebanyak lagi.. kan dah nak termuntah, patut la berpeluh sakan. driver tak leh nak driver kereta, dia kata pening sangat, kena la berehat setengah jam, peh tu baru la bole drive, tapi diam jer, agaknya takut kalau bukak mulut nanti muntah semua keluar. tu la, org bayar untuk perkhidmatan yang menggembirakan, driver pulak bayar untuk seksa diri sendiri... kesian.
kali terakhir diubah pada: Jun 5, 2005, 20:40
Add a comment
|