|
Memancing lagi
Disebabkan rajin sangat berulang alik ke laut, kereta yang mmg dah rosak sikit semakin rosak teruk. hantar ke bengkel.toke bengkel bagi pinjam satu kereta lagi buruk. driver pun kata kita belasah jugak kereta ni ke laut. hantu laut dah rasuk saya dan driver cecukup, sampai dahtak ingat daratan, walaupun tak dapat ikan yg best2, masih juga nak ke laut. elok tukar profesion kepada nelayan pantai ajer la. tapi nanti tak leh buat 'kaun daun' #hari lagi sebelum dapat gaji. kali yang kira akhir setakat ni, kami pergi ke satu lubuk yang dikatakan oleh seorang budak yg dia dapat ikan pari kat situ. tempatnya cantik, redup berbatu, mmg peberet saya. masa sampai kat situ terjumpa sorang pakcik yg baru sudah memancing, perawakan pak cik ni, macam guru silat. dia kata dia mancing ari ni dapat ikan buntal sekor ngan ikan belacak ajer. dia kata lagi agaknya ikan kat situ nak makan umpan berger la pulak. bole tahan lawak jugak pakcik tu. peh tu kan, pak cik tu tanak la balik2 lagi walaupun dah packing barang, naik eran saya, dia asik nak bercerita la jugak. katanya kat situ ada buaya la pulak. aiseh men... tapi saya tengok tak jauh dari situ beberapa org anak india tgh mandi sakan, terjerit2, agaknya buaya pun takut. saya maleh nak layan pakcik tu, saya pun labuhkan kail dan dapat ketam, asik2 dapat ketam, naik boring saya, kalau tak ketam pun, naik la ikan belacak. driver pulak dapat jugak ikan buntal setaraf ngan pakcik tu, nasib baik masa tu pak cik dah balik, kalau idak buat malu jer. nampaknya sungai buaya ni pun tak de beri hasil pemancingan yg baik la. peh tu kami pindah ke tepi laut btui, tadi kat kuala jer, waktu tu air tgh surut, kami bentang tikar dan makan nasik yg saya masak ngan lauk sardin, driver kata saya masak sardin terbest di Malaysia...kakaakakaka... peh tu driver kata dia tak pedulik, air pasang ke, air surut ker dia nak mancing jugak. jadi dia pun labuhkan kail dan pegi bersembang ngan sorang encik india ni, dia tinggalkan saya sensorang kat tikar. peh tu tak semena-mena, kail driver tunduk ke laut di tarik ikan, punya la kuat bunyinya. mesti ikan beso ni. driver pun berlari menuju ke pancingnya. dia pun gulung tali sepenuh perasaan. saya pun datang dekat bawak lampu suluh nak nengok ikan tu. bila dah sampai satu meter dari kaki driver, tetiba, mata kail terlucut, sempat la tengok rupa ikannya sikit. kata kawan baru driver si encik India, itu ikan 'Daun Baru', beratnya lebih kurang tiga kilo..... melepas. kalau idak bole buat masak apa2. kata encik india lagi, harga kat pasaran kira2 tigablas rengget sekilo. tu pasaran kat pantai kan, kalau kat bandaraya...lansung tak jual kut, sbb tak penah denga nama tu pun. lepas tu saya ajak jer driver balik ngan hampa sebab hari dah malam. lepas tu kan esoknya pegi bengkel, tau berapa kena bayar kat toke bengkel..... RM619 + RM180 + RM70. kayap saya dibuatnya. rasa nak penampo jer toke bengkel tu ngan driver sekali.
kali terakhir diubah pada: Jul 11, 2005, 0:20
Add a comment
mmg mahal sangat
bulan ni ngan bulan depan puasa
144677 |
Dipos oleh sofeanny pada July 13, 2005, 14:04
mak oiiiii... mahalnyer!
144572 |
Dipos oleh HanaKirana pada July 11, 2005, 21:30
|