|
di Pantai Remis
seumur hidup saya ini kali pertama ke Pantai Remis. dengan satu misi yang selalu tu lah, apa lagi kalau tak memancing. walaupun beberapa kali dah cakap tanak pegi laut/kuala lagi, tapi pegi jugak sebab siang terbayang malam merindu dengan ikan2 kat Laut nun. kali ini saya mencadangkan pada driver supaya jangan pegi ke kawasan yang sama lagi. jadi kami amik keputusan ke Pantai Remis sbb ada kawan driver tu cerita dia sampai tak cukup tangan sewaktu memancing kat sana. Kami main merapu jer nampak signbod tulis Pantai Remis terus masuk, tetiba nampak satu simpang, kami pun masuk la, nampak ada beberapa org pemuda tgh lepak atas basikal, driver pun tanya la kat org tu,"mana Damai Laut (nama resort ada padang Golf)". org tu cakap "jln terus ajer" lepas tu saya denga dia cakap dalam dialek Indonesia kat kawannya, katanya "kurang paham". apa la driver ni, cakap pun org tak paham. sesia jer dia duduk Indon setahun sbb menguruskan projek air mineral. cakap ngan Indon pun tak paham. kami pun menuju la ke arah yg jejaka tu tunjuk. dah sah la tak btui, dia tunjuk arah ke laut (jalan mati). lagipun Indon tu mana la tau padang golf kat mana, dia mana sempat nak main golf. dia kan sibuk carik rejeki. terpaksa la kami berpusing balik keluar simpang dan main redah jer la mencari tempat yang dituju, nasib baik jumpa. lepas tu kami pegi pulak ke Pantai Remis nak mencari tempat mancing ikan, driver tanya kat sorang polis hensem yg tak pakai uniform, tapi polis tu suruh kitorg gi Segari la pulak. (tau la Polis...cakap pasal gari2 la pulak) last2 kami main redah jer pegi carik jeti naik ikan. jumpa la, masa kat situ kami jumpa amoi2 ngan pak tor masing2 tgh lepak2. bila driver gi tanya diorang kurang pasih cakap Melayu la pulak. sbb tak dapat tempat yg best untuk mancing, driver tangkap gamba jer la buat kenangan dan balik lepas tu dengan umpan yg masih banyak serta seekor ikan tangkapan saya iaitu ikan yg mulutnya tajam tu, yg sentiasa terapung jer tu.
kali terakhir diubah pada: Jul 17, 2005, 23:42
Add a comment
|