|
maleh nak taip
kebelakangan ni maleh btui nak naip crita dalam blog ni, tak tau la napa, agaknya dah lama sangat tak naip, jadi jejari ni kaku sikit. ari ni tadi baru jer balik dari JJ, amik baucher, peh tu beli VCD Uji Rashid menyanyi. saya suka la suara uji yang lemak tu...lebih sedap daripada kak pah yg kontrobersi tu. saya ingat saya yg tua jer minat suara dia, rupanya ada jugak kawan seopis yg muda remaja pun minat kat suara si Uji tu. jadi tadi saya pun pasang la kuat2 sikit, biar kawan saya tu denga sekali. tak tau la qash minat ker idak kat lagu tu. hari ni bole pasang lagu kekuat pasal boss tak de, pegi meeting kat Penang kut, ari Isnin baru dia keje balik. ada kawan seopis yg lelaki cadangkan kami buat jamuan sempena boss tak de. kitorg mmg slalu cam tu, bila boss tak de jer kami sanggup kutip duit sorang sikit untuk buat jamuan. malah saya dan rakan2 sanggup masak hidangan tu kat rumah dan bawak kat opis peh tu makan reramai. tau2 jer la kenapa kitorg suka buat jamuan bila boss tu tak de. tapi baru jer lagi boss tu blanja kitorg sempena birthday dia, tapi dia lupa la pulak bawak kek. kitorg tak bagi hadiah pun kat dia. sekarang ni dah mula tukar2 bahagian, dah ada staff kat bahagian saya ni bertukar kebahagaian lain dan staff bahagian lain masuk ke sini. yang kena tukar tu yang rajin pulak tu. tapi saya rasa boss tak brapa suka kat dia sbb boss slalu tengking dia walaupun dia tak jahat cam org lain. agaknya ada kisah silam yang terpendam dipenuhi dendam kot. itu la serba sedikit cerita terkini kat opis saya. cerita2 ni khas untuk qash la, itupun kalau qash nak tau berita terkini la kan. org lain pun bole baca kalau rasa tak boring...ekekekeke.
gambar kapet= tak berkaitan ngan cerita diatas
kali terakhir diubah pada: Aug 3, 2005, 1:36
Add a comment
|