|
Rajin nak taip
ari ni gi kerja jalan kaki, awal2 lagi dah kluar dari rumah sbb nak jalan pelan2, tak yah la berlari lari menuju ke opis. sebab mesabab nya saya kena jalan kaki ialah kerana malam tadi saya mendapat panggilan tepon dari driver. dia tanya saya, nak denga berita baik ke dulu atau nak dengar berita buruk ke dulu. saya tentu la jawab nak denga berita buruk dulu sbb setiap keburukan itu ada hikmahnya. driver kata lori yg dia naik eksiden. peh tu saya tanya pulak berita baiknya,(saya ingat berita baiknya tentulah driver dapat roti free sbb lori yg anggar lori dia tu terbalik.. ceh, saya tersilap rupanya) dia kata dia tak apa2. mestila tak apa2 kan, kalau apa2 tentu dia tak tepon saya, cuma saya denga berita jer la dr org lain yg dia cedera ke, apa2 ker. pemandu lori yg dia naiki patah tangan. driver selamat sebab dia duduk tetengah sbb diaorg duduk 3 org kat situ. driver lori tu patah tangan pun sbb tangan dia kene stereng lori. sorang lagi kawan dia pun selamat. lori diorang dilanggar oleh lori roti. lori roti tu terbalik. pemandu lori roti tu mengantuk dan langgar lori yg driver naik. lori yg driver naik tu penuh ngan muatan besi. nasib baik tak terbalik, kalau idak aruah. malam tadi driver tido kat hospital menemankan kawannya yg patah tangan tu... kesian. nampaknya balik keje ni pun saya jalan kaki lagi la agaknya, idakpun naik bas.
kali terakhir diubah pada: Aug 8, 2005, 20:25
Add a comment
|