|
teksi merah putih
hari tu saya kena pegi opis, tapi driver tak de. saya punya pilihan untuk jalan kaki atau naik teksi. tengah saya pikir2, tetiba sebuah teksi merah putih berenti depan saya. drebar teksi tu seorang pakcik berbangsa cina yg mukanya nampak bersifat kekawanan dan kebapaan. dia senyum kat saya. masih dapat saya terbayang senyumannya yg manis itu sewaktu saya menaip ni. saya pun naik la teksi itu. teksi pun terus berjalan. saya tetiba perasan yg teksi itu tidak ikut jalan biasa ke opis saya. tapi mulut saya seperti terkunci dan kelu tak dapat berkata-kata. secara tak sedar tetiba saya dapati pemandangan diluar telah berubah kepada pemandangan kawasan pendalaman bukan lagi bandaraya dimana opis saya terletak. teksi tetiba jer berenti di sebuah kedai kopi kat satu perkampungan, saya pun apa lagi terus meluru keluar dari teksi. saya berjumpa dengan peniaga kedai iaitu seorang perempuan muda yang agak comel. tapi dia layan tak layan jer ngan saya. saya terdengar dia cakap Siam ngan pelanggan2nya. peh tu kat situ juga ada beberapa org lelaki yg lepak, mereka pakai kain pelekat tapi tak berbaju. saya pun mengeluarkan tepon bimbit saya daripada beg tangan, dan mendail nombor rumah mak saya dengan tujuan meminta bantuan. tapi saya tak tau dimana saya berada ketika itu. malangnya tepon bimbit saya gagal menyampaikan panggilan ke rumah mak saya, macam tak de line jer. maklum la kat Siam... tetiba saya nampak sebuah pondok tepon awam kat tepi kedai itu. saya pun pegi kesitu untuk menelepon mak saya. lama saya berdiri disitu tetapi saya asik terlupa nombornya. penat saya cuba mengingatinya. yang saya ingat cuma nombor 434, peh tu tak ingat dah. penat saya memerah otak untuk mengingatinya, pada saat kritikal cam ni la pulak terlupanya. saya terus cuba menyambungkan kombinasi nombor rumah mak saya itu, tak dapat jugak. saya cuba lagi, cuba lagi, sehinggalah saya terjaga. bila saya celik jer terus saya ingat kombinasi nombor tu dengan lancar 434XXX0. buat penat jer saya berpikir. mimpi rupa-rupanya. dan saya nak bagitau, mimpi saya tu dalam warna-warni tau, tu sebab saya nampak teksi tu warna merah-putih. tapi lupa nak ingat nombor plet.
kali terakhir diubah pada: Aug 10, 2005, 0:26
Add a comment
|