|
mALAM TADI
Malam tadi saya tertidur awal sebab hari ujan. tgh sedap2 tidor tetiba ada org tepon. bengang btui saya. tgh sedap2 tido ada org ganggu. oh driver rupanya. apahal dia tepon saya pepagi buta ni, sewel agaknya. saya nak marah sangat dah ni. saya tanya dia dgn nada marah sbb apa dia kacau saya tengah sedap tido. peh tu saya tanya sekarang ni pukui berapa. driver pun jawab, pukui semilan malam.aikkk...! baru la saya teringat tadi saya tertido sblm waktunya. terpaksa la saya buat2 ketawa sbb nak cover malu pasal marah driver tetiba jer. peh tu saya pun bangun la, saya rasa tekak saya dahaga sangat. peh tu saya pun pi minum kat kedai, ari masih hujan. masa minum tu, saya bincang2 ngan driver pasal jual rumah. sekarang ni saya jadi ejen juai rumah la pulak. sapa nak beli rumah, tanpa bayar downpayment, tiada yuran guaman serta duti stem. semuanya akan diuruskan dengan bank bagi mendapat pembiayaan 100%. kalau ada yang berminat sila hubungi saya melalui emel. rumah contoh dah siap, kalau nak tengok bole la. peh tu, rumah2 ni dijangka siap pada Mac 2007. bukan tanah lombong, berdekatan ngan kawasan idustri dan IPT (boleh buat rumah sewa). itu lah dia iklan sikit. sambung balik cerita saya minum tadi. masa minum tu saya nampak ada bebudak naik beskal sambil bawak bendera besar kat belakang diorang, sambil jerit2 merdeka! merdeka!. peh tu tgh diorang beraksi tu, salah seorangnya jatuh beskal. saya tergelak (tak sengaja) dengan sangat kuat. tetiba saya nampak ambulan la pulak. aaa.... mesti ada org nak beranak ke, sakit jantung ke, eksiden ke ni. balik drp kedai minum saya nampak banyak org berenti tepi jalan, rupa2nya ada eksiden, ada sebiji sekuter terbaring tgh jalan, nampak teruk jugak. berterabur kaca. meninggal agaknya budak tu. masa tu ujan renyai2. driver kata, bayangkan ada da org polis gi kat rumah mak ayah org tu ke, suami /isteri org tu dan bagitau org tu dah ninggal. dia kata tentu sedihkan dengan suasana hujan sebegitu. satu pekara yg tak terduga berlaku. kesiankan. saya harap la org tu tak mati. kat situ mmg selalu eksiden pun. hati2 lah yer, jangan jadi mangsa.
kali terakhir diubah pada: Aug 23, 2005, 22:32
Add a comment
|