|
Malu kat biawak
Pada suatu masa dahulu, adik saya bagitau saya, dekat2 ngan rumah saya ada satu lombong yang ada udang galah. katanya dia pegi ngan kawan dia mancing kat situ dan dapat udang galah sebesar lengan dan berwarna ke ungu-unguan, kira udang galah tahap dasyat la, dah kira tahap penunggu lombong. saya pun mendapat semangat tahap tertinggi untuk memancing di situ, saya pun dengan segera terus ke kedai dan pegi membeli pancing, mesin, mata, tali dan batu baru khas untuk memancing di kolam keramat berpenunggu udang itu. saya pun segera balik ke rumah mak abah saya dengan menaiki bas sambil membawa pancing baru yang berbalut surat khabar sbb malu kalau org nampak seorang makcik bawak pancing naik bas. bila sampai petang itu, adik saya pulak tak de, pegi rumah kenduri la pulak, terpaksa la saya menantinya dengan tidak sabar. apabila saya mendengar saya enjin motonya segera saya mengajaknya ke lombong walaupun masa tu dah pukui nam setengah petang. memula kami singgah ke kedai pancing untuk membeli cacing dan terus menuju ke lombong. adik saya pun membawa saya meredah hutan, katanya untuk ke port yang bagus, dimana sejarah telah tercipta iaitu kawannya mendapat udang galah. kawasannya agak semak sedikit, dan berpokok, saya kira sudah pasti susah untuk saya membaling mata kail, pasti akan tersangkut kat mana2 dahan pokok sbb saya ni amatur. adik saya pulak bukan tahap amatur lagi, tapi tahap tak tau lansung, pegang cacing pun geli. saya pun dengan tak sabar2 memasang umpan dan membaling ke dalam lombong, nasib saya baik mata tak melekat kat mana2 dahan pokok tapi ikan pulak tak makan. setelah lama menunggu saya pun gulung tali dan cuba membaling lagi sekali untuk mendapat tempat yg baik. malangnya kali ini pekara yg saya risaukan terjadi juga, mata kail tersangkut kat dahan pokok. tapi tali terus masuk ke air dan tetiba saya nampak tali saya ditarik ikan. dapat la sekor ikan tilapia kecik ketonet. adik saya pun tolong tarik ikan tu ke tepi tapi tak mau la jugak, sangkut kat dahan, akhirnya ikan jatuh balik dalam air dan mata kail sangkut. saya pun cuba tarik tali bagi putus tapi tak bole. saya pun mintak la baju adik lelaki saya tu untuk lebih mudah tarik tali tu, takkan saya nak bukak baju saya sendri kut. tapi yang paling bestnya, adik saya kata dia tanak bukak baju dia sbb dia malu perut dia boroi. saya tersangatlah peliknya rasanya sbb kat situ cuma ada kami berdua manusia. saya tanya kat dia, dia nak malu kat siapa? nak malu kat biawak ker? sbb baru sekejap tadi saya nampak dua eko biawak berenang kat tengah lombong tu. itu pun beberapa kali adik saya tanya apa menda yg tengah berenang kat lombong tu, agaknya dia ingat hantu (biasa la panakut belum jumpa hantu betui). akhirnya dia bukak jugak baju dia. selepas tu kami pun tukar port mancing sbb hari dah nak gelap, kami pun pegi kat kawasan yg lapang tapi tebingnya cerun sikit. saya pun menghampiri cerun dan cuba turun ke bawah, tetiba terjatuh la pulak, habis siku dan betis saya luka, tapi pemancingan diteruskan jugak. tapi tak dapat jugak ikan, mata kail sangkut pulak kat batang pokok dalam air. akhirnya kami amik keputusan balik umah jer la. peh tu saya ceritakan la pasal adik saya malu kat biawak tu kat mak ngan abah saya. diorang ketawa tapi adik saya bengan, dia kata dia tanak dah pegi mancing ngan saya, chess.... itu pun nak merajuk...cam pompuan...
ini bukan gambar ikan yg dapat kat lombong tu
kali terakhir diubah pada: Sep 11, 2005, 20:51
Add a comment
|