|
mENJALA IKAN BERSAMA ABAH SAYA
abah saya beru je membeli jala baru sempena dia berenti keje ni. jadi saya pun ajak abah saya pegi menjala ikan kat sungai dekat2 ngan umah mak abah saya. abah saya pun memakai pakaian menjalanya iaitu seluar panjang tanpa baju. saya pulak bawak guni plastik untuk isi ikan yang akan didapat nanti.(kengkununnnya banyak la). adik saya sibuk nak ikut tapi kawannya dah datang ajak dia pegi berkelah la pulak. kesian dia tak dapat ikut. kami pun memulakan perjalanan dengan berjalan kaki ke sungai. selepas itu sampai la kat sungai. memula kami menentang arus sambil abah saya menebar jalanya. pertama kali tebarannya jala kosong. lepas abah saya tebar lagi jalanya dan lekatlah tiga eko ikan tilapia yg gemuk. pas tu dapat lagi, dapat lagi tapi semuanya ikan tilapia. ikan lain tak de. boring btui. punya la penat melawan arus sungai yg deras, rasa cam menyesal pulak ajak abah saya gi menjala. sebelum pegi tu dia tanya, makan ker ikannya, saya kata makan, abah saya tanya sbb mak saya tanak makan ikan darat, berbau katanya. selepas dah penat melawa arus, kami patah balik ikut arus pulak, tapi masa tu guni yg saya pegang dah jadi berat, seksa jugak nak bawak, takut terlepas pulak ikan dalam air. kali ni hasil tak berapa memberansangkan, kami teruskan menjala sampai ke pertemuan dua sungai, dari jauh nampak sekumpulan bebudak empat org tengah menjala kat sungai lagi satu, setiap sorang bawak satu jala, abah saya kata dia nampak bebudak tu bawak ikan setengah guni, mesti ikan tilapia jugak tu. akhirnya abah saya kata elok la kita balik ajer. lagi sikit nak sampai rumah ujan pun turun dengan lebatnya. sampai di rumah saya letak jer ikan dalam singki sbb dah penat sangat, tak larat nak menyiang ikan. mak saya yg siang ikan tu, peh tu simpan dalam peti ais, tak makan pun ikannnya. sebelum balik saya pesan mak saya buat la ikan kering dengan ikan yg dapat tu. taruh la garam ngan jintan dan bawang putih supaya tak dihurungi lalat masa menjemurnya nanti. tak tau la mak saya buat ker idak. kalau dia tak buat jadilah ikan tu penunggu dalam peti ais.
kali terakhir diubah pada: Oct 2, 2005, 23:19
Add a comment
|